Deko Raya

Assalamualaikum, hai semua. Macam biasa lah setiap tahun lagi beberapa hari nak habis bulan puasa, sibuk lah Kak Sue sekeluarga nak Deko Ra...

Assalamualaikum, hai semua. Macam biasa lah setiap tahun lagi beberapa hari nak habis bulan puasa, sibuk lah Kak Sue sekeluarga nak Deko Raya. Kak Sue tak ada pun beli perabut baru setiap tahun, kita kena pandai-pandai aja suai padan apa yang ada. Tiap tahun sebelum Kak Sue balik kampung mesti nak pastikan siap dah Deko Raya. Bukan apa nanti bila balik dari kampung penat tau, bila rumah dah siap kemas macam nie lapang sikit hati kan..

Deko Raya, Deko Rumah
Deko Raya - Deko simple ja korang..

Deko Raya

Tahun nie sebenarnya kami tak siap pun sepenuhnya Deko Raya. Macam yang Kak Sue ceritakan entri sebelum nie, tahun nie Kak Sue tak berapa nak sihat. Jadi kerja mengemas, mencuci dan mengelap tu banyak tertangguh. Kesian Kakak kena buat banyak kerja tahun nie. Mana nak memasak, meniaga dan kemas rumah. Malam nak balik ke kampung seharian kami tak tidur tau, gigih kami dua beranak mengemas dan mengemop.. pun tak siap juga sikit lagi.. huhuhu..
Deko Raya, Deko Rumah
Deko Raya - Tempat Kak Sue buat kerja blogging..
Deko Raya, Deko Rumah
Deko Raya - Tempat kerja Kak Sue juga nie.. hihihi..
Deko Raya Kak Sue masih macam tahun sebelumnya, serba ringkas. Cuma tahun nie beli langsir baru dari Kaison dan karpet dari jualan lelong kedai berdekatan Jakel. Mur-mur ja korang, dua barang nie bawah dua ratus ja tau. Macam biasa setiap tahun semua karpet Kak Sue hantar cuci. Macam biasa juga segala pinggan mangkuk, rak barang baking semua kena cuci dan lap.. macam lah orang datang beraya nak cek semua tu kan.. hahaha.. Nak buat macam mana dah ada penyakit gini, hadap ja lah.. Kalau tak, tak tenang tau hati nie..
Deko Raya, Deko Rumah
Deko Raya - Dapur Kak Sue
Deko Raya, Deko Rumah
Deko Raya - Dapur Kak Sue
Apapun Kak Sue puashati dengan Deko Raya tahun nie kat rumah Kak Sue. Walaupun bukan sepenuhnya ikut impian Kak Sue tapi syukur dah apa yang ada sekarang nie. Janji kemas dan bersih, sedap dan lapang mata kan. Terima kasih juga untuk Alang yang datang tolong niaga dan cat pagar. Kalau tak, lagi la taj siap deko raya kami nie. Balik kampung pun tak ada lah serabut hati mengenangkan rumah. Jumpa lagi nanti korang dengan entri deko yang lain ya.. papai!


You Might Also Like

14 ulasan

  1. Kemasnya dapo kak sue. Seronok tgk. Warna biru ni nampak cantik. Alahaiii bila lah nak merasa ddk rumah sndiri cmni.

    ReplyDelete
  2. Cantik biru ni.. Mendamaikan..

    ReplyDelete
  3. cantik umah akak, tema biru, sejuk je..

    ReplyDelete
  4. Cantik kak..rumah saya tak habis kemas. Hehe

    ReplyDelete
  5. cantiknya warna biru ni kaksue! Simple tapi menawan

    ReplyDelete
  6. cantik..kak sue pandai deko:)

    ReplyDelete
  7. Berkilat woo dapur kak sue. Ni kalau ada spot check confirm tak jumpa habuk satu pun. Hehe. Cantik lah umah kak sue. Bila lah nak singgah sana.

    ReplyDelete
  8. cantik kak.. nanti kami nak singgah makan2 pulak ya.. hehe

    ReplyDelete
  9. Nampak sejuk ja warna biru ni kan.

    ReplyDelete
  10. sejuk mata tengok padanan warna yang kak sue pilih nii

    ReplyDelete
  11. cantik biru nyer, shu.
    aman aje mata kalau kat dapur.
    suka aida tgk kan.
    dapur skang ni, aida asalkan boleh aje. takde deko. sarat !!! ha ha ha ha
    sedang kumpul dana nak buat dapur rumah baru.
    slow slow kayuh. itu yg suka survey dapur org :) cari idea.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.