Buah Bermusim

Assalamualaikum, hai semua. Sekarang nie sana sini orang berkongsi buah Durian, Manggis, Rambutan dan macam-macam buah lagi lah. Buah bermusim la katakan. Alhamdullilah, masa Kak Sue buat makan-makan dan majlis kesyukuran kat rumah Kak Sue hari tu Tok Pah ada bawakkan buah Durian dari Batu Kurau. Baru-baru nie pula Abang Man bawa balik buah dari kampung Abang Man pula. Puas makan, sampai panas badan di buatnya. Musim buah kali nie menjadi pulak kan.. sana sini ada buah Durian..
Buah Bermusim, Durian
Buah Bermusim -Durian Raja Buah

Buah Bermusim

Batu Kurau pun kata Abang Lan, abang Kak Sue buah banyak gila. Harga pun dah mula turun sikit, hari tu yang Tok Pah bawa untuk kami sekeluarga Abang Lan lah yang belanja. Rasanya tahun nie kami puas makan Durian. Abang Man pun hari tu siap beli Durian IOI lagi, saja nak rasa katanya. Sedap oii.. meruap badan malam tu.. hahaha.. Terima kasih Abang Lan dan Sayangku..
Buah Bermusim, Durian, Durian Batu Kurau
Buah Bermusim - Durian Batu Kurau
Buah Bermusim, Manggis
Buah Bermusim - Manggis Batu Kurau
Semenjak dua tiga tahun lepas bila musim buah tiba, buah tak banyak macam sekarang. Pula tu kalau musim buah jatuh dalam bulan puasa, memang tak berapa lalu sangat la makan bulan puasa. Dah berapa tahun Abang Man cuti jual buah Durian nie sebab faktor macam nie lah. Tahun nie pulak bila buah banyak, macam ramai sangat dah yang menjual..

Buah Bermusim, Durian, Durian Kampung
Buah Bermusim - Durian Kampung Abang Man
Buah Bermusim, Durian, Durian Kampung
Buah Bermusim - Durian Kampung Abang Man


Nie pun Atok yang tuan kebun tempat Abang Man ambik buah Durian dulu dah cari-cari Abang Man. Agaknya buah banyak kut, kita tunggu aja lah tengok Abang Man nak niaga ke tak tahun nie. Kalau jadi Kak Sue bagi tau nanti ya. Biasanya kalau musim buah Abang Man siap jual Petai dan Ttempoyak sekali. Memang tak lekat kat rumah lah sebab ulang alik ambik buah setiap hari kat Perak..
Buah Bermusim, Petai, Ulaman Kampung
Buah Bermusim - Petai, Kacang Botol dan Peria
Buah Bermusim, Manggis
Buah Bermusim - Manggis Kampung Abang Man
Apapun rezeki kita semua tahun nie dapat makan buah bermusim nie puas-puas kan. Kak Sue siap buat Bubur Durian makan dengan pulut, puashati dah. Korang yang makan durian tu, banyak minum air tau. Petua orang lama, minum air dalam kulit durian tu dapat sejukkan badan. Dah la musim panas nie.. Selamat mencuba tau, jumpa lagi next entri.. papai!

16 comments

  1. Ye la kan...thn ni buah menjadi. Puas makan rasanya

    ReplyDelete
  2. ramai kata durian batu kurau antara yang paling sedap

    ReplyDelete
  3. Tahun ni la rasanya puas makan durian..SA beli jer kak sebab buah kat kampung tak menjadi..pokok arwah atuk tanam dusun kat lereng bukit..dah jadi hutan tebal dan takde sapa berani nak pi tengok..nak makan durian beli je la

    ReplyDelete
  4. tahun ni macam gila gila betul dengan buah buah ni

    ReplyDelete
  5. Sedapnya....PC jenis suka buah2an kak....memang suka sangat...bila balik kampung tengah musim buah bba mma en suami tahulah nak cari PC kat mana (duduk tepi pokok je)...hahaha...balik raya yang lepas alhamdulillah pulasan sedang elok masak....babah mma cakap...pokok pulasan ni dah bau agaknya tuannya nak balik...hahaha...suka aroma buah-buahan...segar...damai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung PC dpt dok tepi pokok.
      aida xde dusun sendiri mahupun famili yg terdekat.
      tak dpt nak ke dusun. aduhai...
      dok beli aje lah kat peniaga.

      Delete
  6. manggis je mkn..durian tk mkn...dapnye tgk manggis tu

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah
    Puas makan buah bermusim kali ni

    ReplyDelete
  8. puas hati sungguh kan tahun ni.. buah menjadi2 =)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah tahun ni merasa mewah jugak la makan durian murah,area rumah ni banyak kebun orang ,murah lagi la beli pun,dah sempat la buat tempoyak sikit,harap kebun sendiri dah kena sodok buat jalan huhuuuu

    ReplyDelete
  10. Itulah tahun ni menjadi betul buah,sana sini bau durian

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah... dpt juga makn kali ni

    ReplyDelete
  12. Buah bermusim ni kalau sekali hadap memang tak ingat dunia nak nak durian kan kak

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah. Puas mkn buah musim kali ni. Macam2 buah.

    ReplyDelete
  14. manggis!!!
    aida lom jumpa manggis!!!

    ReplyDelete
  15. Tu lah.. Tahun nie memang meriah betul buah durian.. Merasalah Sha beli.. Tak macam tahun sebelum nie.. Mahal ya amat.. mungkin sebab buah terhad..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.