Selamat Tinggal GST

Assalamualaikum, hai semua! Pejam celik dah masuk bulan Jun, bulan yang kita semua rakyat Malaysia tertungu-tunggu bila bertukarnya kerajaan baru. Selamat Tinggal GST semoga lepas nie ada pembaharuan yang baik untuk kita semua. Agak terbeban juga sebelum nie kan..

Selamat Tinggal GST
Selamat Tinggal GST

Selamat Tinggal GST

Kak Sue tengok kat berita katanya kedai-kedai atau pasaraya akan hapuskan GST secara berperingkat. Macam kami sebagai peniaga pun terasa juga tau bila beli barang GST saja pun dah berpuluh-puluh ringgit. Dah makan modal kan, tapi nak buat macam mana.. ikut aja lah.. Sekarang nie boleh kita semua ucap Selamat Tinggal GST dah..

Rupanya diam tak diam tiga tahun juga kan kita semua mengadap GST nie. Bermula pada 1 April 2015 selepas PRU yang ke 14. Kak Sue pun tau dari perkongsian kawan-kawan di group whatapps. Harap bila dihapuskan GST nie tak lah lagi membebankan rakyat kan..

Ada juga kawan-kawan termasuk Kak Sue tunggu 1 Jun 2018 nak beli barang. Konon nak kosong GST.. hehehe.. Memang ada pengurangan la harga barang tu. Jimat lah sikit kan. Apapun masih baru lagi kita nak ulas pasal kerajaan baru nie. Kita tunggu dan lihat, doa yang baik-baik aja tau.. Semoga ada perubahan dan pembaharuan yang baik untuk semua pihak.. aamiin ya rabb.. Jumpa lagi nanti, papai!


Post a Comment

8 Comments

  1. Byr bye gst. Akhirnya..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...syukur..moga ini permulaan yang baik untuk kita semua...dan moga sifar GST bukan satu asbab untuk peniaga ubah harga barang kak untuk dapatkan nilai yang sama atau lebih semasa GST.Selaku pengguna atau pembeli yang rutin...mesti kita boleh beza dan lihat harga...atau beza harga...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah,,, bye bye GST.

    ReplyDelete
  4. diharapkan peniaga tu turunkan harga biarpun GST dah sifar. Bknnya apa..ada kedai yg abam kie pi tu harga tetap sama. tu yg geram!

    ReplyDelete
  5. tak sangka dalam tak suka GST dah 3 tahun dah hidup dengan dia, sekarang dah boleh lepaskan dia pergi :D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️