Selamat Hari Raya Aidilfitri - Shuhaida Kabdy

Thursday, June 28, 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum, hai semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin dari Kak Sue sekeluarga. Tahun nie macam tahun-tahun sebelumnya, Kak Sue dan Abang Man plan balik awal dua, tiga hari sebelum raya. Tak sanggup nak mengadap jem, nasib lah keja sendiri kan boleh lah nak rancang cuti. Kata Abang Man nak cuti Raya lama sikit kali nie. Nasib Adik pun cuti sama dengan sekolah biasa. Sakan lah kami sambut Hari Raya Aidifitri tahun nie..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Tahun nie Kak Sue beraya di kampung Kak Sue dulu tapi sebelum tu kami singgah dulu kampung Abang Man. Ya lah Mak dan Bapak Abang Man nak juga merasa berbuka puasa dengan anak menantu dan cucu-cucu dari Rawang nie kan. Esoknya baru kami balik kampung Kak Sue Batu Kurau. Memang macam tu rutin setiap tahun, adil dan sama rata.. chewah!

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri - Kami dan Tok Pah
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri - Free Style katanya..


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri - Kami..
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri - Ateh & Family
Raya tahun nie Kak Sue tak berapa nak sihat lah pula. Malam raya tu macam nak demam tak demam, Tok Pah bagi ubat suruh makan terus Kak Sue tertidur tak sedar diri. Sedar-sedar dah pagi raya dah.. huhu.. rasa bersalah pula tak tolong adik-adik Kak Sue masak dan mengemas. Nasib lah rumah Mak sendiri kan.. hehehe..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Pagi Raya macam biasa lah, berkumpul dan bersalaman. Dah siap bersalam kami semua bergambar, lepas tu ziarah kubur tok nenek. Ya lah, hari biasa tak dapat nak datang, bila dah berkumpul ramai-ramai nie boleh pergi sama-sama. Alhmdullilah setiap tahun sepupu Tok Pah, yang selalu bersihkan kubur sedara mara kami. Setiap kali datang bersih dah semua. Allah aja yang balas budi baik beliau..
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri - Sayang Selalu
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri - Anak perempuan Tok Pah
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri - Kakak & Si Kembar
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri - Acik & Eesya
Dah selesai ziarah kubur, kami sekeluarga beraya rumah sedara mara pula. Selalunya dua tiga rumah, tapi tahun nie sebab Raya jatuh hari Jumaat, jadi masa tu terhad sikit nak beraya. Apapun, Kak Sue rasa seronok tahun nie sebab dapat beraya lama sikit dengan Tok Pah dan Abah Kak Sue. Semoga ada rezeki dan umur panjang kita berjumpa lagi Raya Aidilfitri tahun depan. Jumpa lagi.. papai!


11 comments:

  1. Salam aidilfitri kak sue n fmly

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya k.sue..:)

    ReplyDelete
  3. tema hijau cantik. salam aidilfitri =)

    ReplyDelete
  4. cantiknya anak dara kak sue! Dah besar semua, meriah la raya tema sedondon belaka. Selamat Hari Raya kak sue :D

    ReplyDelete
  5. Salam Aidilfitri..
    Lawanya tema kak sue sekeluarga.
    Kesian kak sue demam time nak raya..

    ReplyDelete
  6. selamat hariraya kak sue.. suka tgk kak sue buat peace

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya kak sue, cantik warna ni. Menyerlah dan menawan

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  9. salam aidilfitri utk kaksue sefamily

    ReplyDelete
  10. selamat hari raya aidilfitri kak

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.