Resepi Nasi Ayam Ringkas dan Sedap

Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Nasi Ayam Ringkas dan Sedap pula dengan korang. Sebenarnya Kakak anak dara Kak Sue yang masak, tahun nie rajin pula Kakak nak cuba resepi dan tolong Kak Sue masak. Berapa hari dok cakap nak masak Nasi Ayam, tu yang Kak Sue pun ikutkan aja lah. Lagi pun Kakak kata Kakak yang nak masak, jom kita tengok resepinya jom..

Resepi Nasi Ayam
Nasi Ayam

Resepi Nasi Ayam

Resepi Asal : www.sayaiday.com
Bahan-bahan :

Air Rebusan Ayam
1 ekor ayam - dipotong ikut suka korang
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
1 inci halia -dihiris
1 kiub Ayam - Kak Sue guna kiub Ayam Knorr
Sedikit garam

Perapan Ayam
2 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar madu

Nasi
3 cawan beras
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 helai daun pandan
Lemak dan kulit ayam (tips menyedapkan nasi ayam tapi Kak Sue tak letak)
Air rebusan ayam
2 titik Sunquick - optional untuk nasi lembut dan wangi

Cili Nasi Ayam
4-5 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
2 sudu cuka - optional
Air rebusan ayam
Sedikit perahan limau nipis
Garam secukup rasa

Kicap Nasi Ayam
3 sudu kicap manis
Air rebusan ayam
Lebih bahan perap ayam

Cara-cara :
Masukkan bahan-bahan dari rebusan ayam kat atas tadi ke dalam periuk berisi air
Masukkan ayam yang dah dipotong tadi dan biarkan sehingga ayam masak
Bila dah masak, keluarkan ayam tadi
Air rebusan ayam tadi simpan tau, boleh guna untuk masak nasi nanti dan buat sup

Tips - Sambil tunggu ayam masak, korang boleh rendam beras dulu ya

Cara Perapan dan Masak Ayam
Campurkan semua bahan perapan ayam di dalam bekas
Gaul sebati
Lumurkan pada ayam dan perapkan seketika. Boleh perap lebih kurang 15 minit sambil-sambil sediakan bahan sos cili nasi ayam
Kemudian korang boleh goreng atau panggang ayam tersebut
Jangan goreng lama sangat tau sebab ayam tu dah masak, kita cuma nak ranggup dan garing bahagian luar. Kak Sue sekeluarga jenis suka garing luar dan dalam terpulang pada selera masing-masing kan

Cara Masak Nasi Ayam
Panaskan sedikit minyak dan masukkan lemak ayam ( Kak Sue tak letak)
Kemudian buangkan lebihan lemak ayam dan masukkan halia serta bawang putih yang ditumbuk tadi
Masukkan daun pandan dan kiub ayam
Kemudian masukkan beras. Pastikan sukatan beras sama dengan sukatan air rebusan ayam
Kacau beras tadi bersama-sama bahan tadi, kemudian masukkan air dan masak dalam periuk nasi
Tunggu sampai nasi masak

Cara Masak Cili Nasi Ayam
Kisar cili merah dan bawang putih bersama air rebusan ayam. Korang ikut sukatan cili yang korang nak
Masak di atas kuali, perahkan limau dan masukkan garam secukup rasa
Dah siap..

Cara Masak Kicap Nasi Ayam
Campurkan lebihan bahan perap ayam dengan air rebusan ayam
Masukkan sedikit kicap
Siap..

Cara Masak Sup Nasi Ayam
Masukkan daun sup yang dah dihiris
Masukkan bawang goreng
Siap..

Haa.. siap dah resepi Nasi Ayam, kira Kakak berjaya masak Nasi Ayam dah. Tahniah Kakak, nanti boleh lah masakkan lagi untuk kita sekeluarga. Selamat mencuba juga untuk korang..




9 comments

  1. Sedapnya...suka hirup kuah supnya tu....pandai kakak...alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. rajinnya kak..saya pun rajin juga..tp rajin makan je nasi ayam. hehe

    ReplyDelete
  3. lama xmasak nasi ayam..dapnye

    ReplyDelete
  4. Fav Dania la ni kalau bab nasi ayam..kadang suka goreng ayam / bakar..kadang suka steam chicken

    ReplyDelete
  5. dah lama tak buat nasi ayam.

    ReplyDelete
  6. Lebih kurang je resipi kita kak. Resipi paling mudah dan sedap nak masak.

    ReplyDelete
  7. terbaek resepi ni. sedap :)

    ReplyDelete
  8. Sedapnya.. bilalah nak rajin buat nie..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.