Resepi Labu Air Pak Pandir - Shuhaida Kabdy

Tuesday, June 5, 2018

Resepi Labu Air Pak Pandir

Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Labu Air Pak Pandir. Haa.. menarik kan nama resepi Labu Air Pak Pandir nie kan? Sebenarnya resepi nie Alang, adik Kak Sue yang masak hari nie. Senang gila nak masak tau korang, lawan pula dengan air asam memang sedap makan tau. Tak sedar bertambah-tambah makan..

Asal nama resepi nie dari arwah bapa mertua Alang. Tak pasti lah pulak kenapa letak nama Pak Pandir kan, Alang pun tak tau kenapa. Unik kan, yang pastinya resepi nie mudah dan cepat nak sediakan. Semuanya rebus ja, tak payah nak tumis-tumis bagai. Jom lah kita tengok bahan dan cara nak sediakan Labu Pak Pandir nie jom..

Resepi Labu Air Pak Pandir
Labu Air Pak Pandir

Labu Air Pak Pandir

Bahan-bahan :
1 biji labu air - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dihiris halus
5 biji cili api - ikut kepedasan masing-masing tau
Sedikit belacan
Sedikit garam
Sedikit air

Cara-cara
Masukkan semua bahan dalam periuk
Didihkan air sekejap
Kemudian masukkan labu air, masak sehingga empuk
Akhir sekali perasakan dengan garam
Sedia untuk dihidangkan

5 comments:

  1. akak suka juga labu air ni tapi selalu tumis pastu letak suhun dan telur..makan pulak dgn sambal belacan dan nasi panas..mmg berpingan2 la

    ReplyDelete
  2. Sedap ni, favourite husniey. Kalau kenduri kat kampung kampung selalu ada lauk labu masak air ni..

    Selalunya diaorang match kan dengan ikan kering, sambal belacan 😍

    Aduhh terliur pulak

    ReplyDelete
  3. lama tak makan labu..nt kalau ada beli labu nk try resipi ni. Senang masak,kan. Jimat masa

    ReplyDelete
  4. Masak macam bening air nikan sedap tu hirup kuah dia

    ReplyDelete
  5. resipi malas tapi sedap ni :D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.