Balik Kampung Awal - Shuhaida Kabdy

Wednesday, June 13, 2018

Balik Kampung Awal

Assalamulaikum, hai semua! Macam tahun-tahun sebelumnya Kak Sue sekeluarga akan Balik Kampung Awal, sebab nak elak jalan sesak. Rasa serik dah sebelum nie bila balik malam raya tu sesak gila, berjam-jam kat jalan raya. Cuma hari tu adalah sesak sekejap kat beberapa tempat, yang lain okay ja. Lagi pun bila balik kampung awal beberapa hari nie dapat juga merasa berbuka puasa dengan keluarga Kak Sue dan Abang Man kan..

Balik Kampung Awal
Balik Kampung Awal


Balik Kampung Awal

Kak Sue dah lupa berapa tahun dah Abang Man rancang balik kampung lebih awal dari biasa. Memang Abang Man rancang akan berbuka puasa bergilir samada rumah keluarga Kak Sue dulu atau rumah keluarga Abang Man. Ikut turn raya mana dulu, macam tahun nie raya kampung Kak Sue jadi singgah berbuka puasa dulu kampung Abang Man. Macam tu lah setiap tahun..

Nasib lah Kak Sue dan Abang Man satu negeri, jadi senang nak rancang cuti. Pulak tu kalau nak balik kampung Kak Sue memang akan lalu kampung Abang Man dulu. Jadi tak ada masalah dah bab tu, Alhamdullilah. Cuma kalau giliran raya rumah Abang Man, akan balik terus rumah Mak Kak Sue berbuka sana dulu dan kena patah balik lah kampung Abang Man di Kampung Tanjung Keramat, Langkap pula nak sambut raya.

Balik Kampung Awal
Balik Kampung Awal
Nasib lah tak jauh sangat, kalau tak jenuh juga lah kan ulang alik kat jalan.. huhuhu.. Tak apa lah untuk keluarga kan tak apa lah kita penat dan keluar belanja lebih sikit. InsyaAllah, Allah akan ganti rezeki yang lebih baik nanti. Yang penting Tok Pah dan Mbah seronok dapat berbuka dengan kami sekeluarga..

Apapun Kak Sue bersyukur dan berterima kasih sangat pada Abang Man sebab sentiasa pastikan baik sebelah keluarga Kak Sue atau pun keluarga Abang Man sendiri akan merasa berbuka puasa sama-sama setiap tahun. Bak kata anak dara Kak Sue, Kakak dah adil dah Abah susun berbuka puasa dan beraya kat kampung masing-masing. Alhamdullilah, memang tak ada masalah giliran balik kampung setiap tahun. Korang macam mana pulak, sama tak macam Kak Sue? Hati-hati mana yang balik beraya tu ya.. papai!

9 comments:

  1. selamat hari raya akak

    ReplyDelete
  2. kampung dkt2 senang la...amy thn ni tk merasa jln jammed blk kampung sbb ry kt kl...tp time raya blk kampung jammed mmg standard la..br la feel raya hehe

    ReplyDelete
  3. Yeyyyy....samalah kak Sue....

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. 2-2 keluarga merasa berbuka bersama kak.

    ReplyDelete
  5. Suka tengok orang yang kampungnya jauh2 ni...almaklumlah kampung SA dekat je..20 min dah sampai dah

    ReplyDelete
  6. wahhh mudahnya satu negeri, tak jadi masalah pun kalau balik beraya :D

    ReplyDelete
  7. Kami tempuh jem...sian kt asben.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah seronok ye kak balik awal dan berpuasa bersama2 keluarga yg lain

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.