Salam Ramadhan Al Mubarak - Shuhaida Kabdy

Wednesday, May 16, 2018

Salam Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum, hai semua! Salam Ramadhan Al Mubarak Kak Sue ucapkan untuk semua keluarga dan kawan-kawan. Esok bermula lah kita semua berpuasa, bulan yang memang dinanti-nantikan oleh kita semua. Semoga Ramadhan kali nie lebih baik dari sebelumnya dan semoga kita semua berlumba-lumba mengerjakan dan memperbaiki amal di bulan yang mulia nie kan..

Salam Ramadhan Al Mubarak
Salam Ramadhan Al Mubarak - Sumber Google

Salam Ramadhan Al Mubarak

Malam nie kita semua akan mulakan Ramadhan dengan solat sunat Terawikh. Harap Kak Sue sekeluarga dan kita semua istiqomah lah dalam mengejarkan pahala istimewa di bulan yang mulia nie kan. Bulan Ramadhan memang istimewa untuk kita sebab pahala memang berganda-ganda..

Kak Sue dan Abang Man macam biasa setiap kali tiba bulan Ramadhan nie, tetap berniaga macam biasa. Macam sesetengah dari korang yang dah pun tau selain dari membekalkan Pati Kelapa Laut Man Java, kami juga berniaga di Pasar Ramadhan Bandar Tasik Puteri Rawang. Harap tahun nie pun kami dimurahkan rezeki dan dipermudahkan setiap urusan.. aamiin..!

Walaupun sibuk dengan urusan kerja seharusnya kita pun kena sibuk menambah amal juga kan. Walaupun agak letih bila tiba bulan Ramadhan tapi memang bulan Ramadhan yang kami tunggu-tunggu setiap tahun. Sempena bulan Ramadhan nie Kak Sue sekelurga nak ambil kesempatan nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan untuk korang semua, mohon maaf andai ada salah silap yang sengaja atau tanpa disengajakan. Semoga amalan kita diberkati Allah.. aamiin ya rabb..

4 comments:

  1. Selamat berpuasa Kak Sue sekeluarga....moga dirahmati kita semua di bulan mulia ini.

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa dan Salam.Ramdahan buat kak Sue sekeluarga. Kirim salam dengan kak ye..hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.