Resepi Kerabu Pucuk Paku

Assalamualaikum, hai semua. Hari nie Kak Sue nak kongsi Resepi Kerabu Pucuk Paku pula. Kerabu Pucuk Paku nie kalau kita campur dengan kerang atau perut lembu lagi sedap tau. Kali nie Kak Sue tak tambah pun, cuma gaul dengan tauge ja. Nak cepat kan, nanti nak keluar meniaga Pasar Ramadhan pula. Korang kalau suka boleh tambah ya.

Resepi Kerabu Pucuk Paku
Kerabu Pucuk Paku
Resepi nie adik Kak Sue Alang yang kongsikan. Masuk tahun nie dah dua tahun Alang datang tolong kami kat Pasar Ramadhan. Ringan lah sikit kan kerja Kak Sue ada yang bantu kat rumah dan Pasar Ramadhan. Okay lah, tak mau buang masa lagi jom Kak Sue kongsikan resepi yang mudah dan senang ja nak disediakan nie jom..

Resepi Kerabu Pucuk Paku

Bahan-bahan :
2 ikat pucuk paku - dicelur
1 mangkuk sederhana - dicelur
1 biji bawang besar - dikisar *
10 biji cili padi - dikisar *
2 batang serai - dikisar *
1/2 inci lengkuas - dikisar *
2 sudu kerisik
1/2 cawan santan
1 sudu air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara-cara :
Memula semua bahan bertanda * dan dikisar tadi, korang kena kisar dengan santan sekali
Kemudian masukkan bahan yang dah dicelur tadi ke dalam mangkuk
Gaulkan bahan kisar dan bahan dicelur tadi sebati
Akhir sekali, perasakan dengan garam
Sedia untuk dihidangkan

Untuk resepi yang lain boleh singgah sini Resepi Kerabu Pegaga






6 comments

  1. Sedap ni kak sue, husniey suka makan ulam2 pucuk2 ni haa.. Simple but nice
    Terima kasih sudi berkongsi resepinya

    ReplyDelete
  2. Sedappnyaaa, tengokk time macam ni pula :p

    ReplyDelete
  3. Ratah macam tu je pun sedap ni Kak Sue.

    ReplyDelete
  4. suami saya suka makan kerabu. Hari tu beli dh la mahal pastu rasa kurang sedap. Ni ada resepi simple camni blh try nnti.

    ReplyDelete
  5. wow peberet saya ni kak

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.