Resepi Ayam Masak Sambal

Assalamualaikum, hai semua! Sekejap dah masuk hari ketiga kita berpuasa kan. Buat masa nie Kak Sue masih mampu kekalkan kerajinan memasak setiap hari, chewah.. hehehe.. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Ayam Masak Sambal. Kalau masak ayam kat rumah nie pun laju, nak pula masak Ayam Masak Sambal nie. Kesukaan anak Kak Sue si Abang Tihie, mau bertambah-tambah makan nanti nie, memang suka sangat Abang kalau Ibu masak kegemaran Abang..

Resepi Ayam Masak Sambal
Ayam Masak Sambal

Resepi Ayam Masak Sambal

Bahan-bahan :
1 1/2 ekor ayam - Digaul kunyit dan garam, goreng dan ketepikan
2 biji bawang besar - dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1/2 biji bawang besar - dihiris
5-6 sudu besar cili kisar
1 kiub ayam Knorr
1 asam keping
Sos cili
Sedikit garam dan gula

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau
Masukkan cili kisar dan asam keping, goreng sehingga masak
Kemudian masukkan sedikit air, sos cili dan kiub ayam Knorr
Biarkan mendidih sekejap, kemudian perasakan dengan garam dan gula
Akhir sekali masukkan ayam dan bawang yang dihiris tadi, gaul sebati
Sedia untuk dihidangkan

Untuk resepi lain boleh singgah di sini Resepi Ayam Masak Tomato



6 comments

  1. sedapnyer, tengok tengah malam macam ni pun boleh lapar tau hihi

    ReplyDelete
  2. nasi panas..kicap..timun..ayam sambal ni....cukup!..nikmat sangat2 kak sue...

    ReplyDelete
  3. oo tak penah lagi saya guna knorr.. nanti nak cuba laa

    ReplyDelete
  4. menu fav keluarga kami kak..asben pulak, suka tmbh santan :)

    ReplyDelete
  5. sedap menu ni...bole masak utk berbuka puasa..selamat berpuasa kak sue

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤