Ramadhan Kali Ini - Shuhaida Kabdy

Tuesday, May 29, 2018

Ramadhan Kali Ini

Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue harap Ramadhan Kali Ini semua kenangan yang baik-baik aja. Kalau ada juga ujian yang datang harap dapat Kak Sue positifkan diri dan terima qada dan qadhar dari Allah. Kak Sue juga harap Ramadhan kali nie dapat perbaiki diri dan amal agar lebih baik dari tahun sebelumnya. Ya lah dalam hidup kita nie mesti kita ada niat nak berubah untuk lebih baik kan..

Ramadhan Kali Ini
Ramadhan Kali Ini

Ramadhan Kali Ini

Ramadhan kali ini walaupun cuaca tak menentu tapi Alhamdullilah rezeki yang Allah tetapkan untuk kami sekeluarga sentiasa cukup. Tahun nie juga kalau geng Madrasah Adik datang kami akan bekalkan air jualan kami untuk depa berbuka puasa. Adik pun tak dapat nak berbuka dengan kami kalau hari biasa sebab Ustaz Amin mudir Madrasah Adik tengah latih Adik jadi imam. Seronok dan bangga Ibu dan Abah dengar Adik terpilih untuk tahun nie..

Ramadhan kali ini juga Adik terpilih beberapa kali dah jadi imam. Memula Ustaz Amin test Adik jadi imam Isyak. Hari berikutnya Adik terpilih jadi imam Terawikh pula. Akhirnya sampai pun hajat Adik nak jadi imam kan. Kalau korang ada ikut cerita Ustaz Kecik Kak Sue nie, Kak Sue pernah kongsi yang Adik pernah cakap nak jadi imam. Alhamdullilah tercapai hasrat Adik nak jadi imam pada umur Adik 12 belas tahun..

Semoga Ramadhan Kali Ini memberi kita semua rahmat dan bertemu malam Lailatul Qadar, aamiin ya rabb.. Selamat menjalankan ibadah puasa dan Terawikh semua..



4 comments:

  1. semoga ramadhan kali ini bukan ramadhan yg terakhir buat kita

    ReplyDelete
  2. Amin... semoga Ramadhan kali ini jadi lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya.

    ReplyDelete
  3. Semoga Ramadhan kali ini diterima Allah dengan amalan -amalan yang telah kita lakukan.. Semoga ramadhan ini juga bukan terakhir untuk kita.. Lagi berapa minggu nak syawal rasa sedih tinggalkan ramadhan..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...seronoknya dapat peluang belajar jadi imam..semoga dia terus berjaya dan menjadi insan yg soleh

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.