Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites - Shuhaida Kabdy

Saturday, May 5, 2018

Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites

Assalamualaikum, hai semua! Tak berapa hari lagi kita semua dah nak sambut bulan puasa kan. Kak Sue ada lagi satu tempat nak berbuka yang nak dikongsikan dengan korang Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites. Korang yang bekerja dekat area KL boleh la mula menempah Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites nie sebab tempat nie boleh dikatakan tengah-tengah bandar KL juga tau. Balik keje boleh berbuka kat sini dengan keluarga atau geng pejabat korang kan..

Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites

Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites

Sebelum Kak Sue kongsi menu yang akan disediakan dalam Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites nie, Kak Sue juga nak kongsi dengan korang lokasi hotel nie yang berdekatan dengan Menara Kuala Lumpur. Kira landmark juga lah, senang nak cari kan. Kadang biasa lah KL nie dengan jem nya, dengan waze buat kita berpusing-pusing pastu sesat, hehehe.. Ramadhan Buffet nie disediakan di tingkat 23 di Restoran Soi tau korang, tempat yang selesa dan disediakan kemudahan surau dan tandas yang bersih. Usah lah risau bab tu ya..

Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Pacific Regency Hotel Suites
Sekarang jom Kak Sue nak sembang bab menu yang disediakan kat sini pula ya. Ramadhan Buffet bertemakan Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites nie menyediakan masakan Melayu Asli dan resepi adalah dari resepi kampung dari Chef kat sini tau. Kalau dah masakan kampung nie Kak Sue pasti tentu ramai peminat kan. Macam Kak Sue sendiri pun peminat masakan kampung nie, mau bertambah-tambah makan..

Ada lebih 100 juadah menarik yang akan disediakan untuk korang yang plan berbuka kat sini. Mesti rambang mata kan nak pilih mana satu sebab semuanya menarik dan sedap. Jom lah Kak Sue kongsikan dengan korang menu utama yang akan disediakan nanti. Antaranya Ayam Pencen Salai, Masak Lemak Cili Api, Rendang Tok Wan, Daging Bakar Lemak Pucuk Ubi, Ikan Goreng Pedas Bumbu Acar dan Gulai Kawah.
Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Pacific Regency Hotel Suites
Selain tu ada menu menarik yang lain di sediakan dalam Ramadhan Buffet nie antaranya Ikan Bakar, Briayani Pak Arab dengan Kambing Golek Bakar, Satay Kajang, Ayam Percik, Laksa dan Bubur Lambuk. Haa.. macam-macam pilihan ada, mau tak rambang mata kalau macam nie kan.. hehehe..

Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Pacific Regency Hotel Suites
Akhir sekali, macam biasa lah pencuci mulut. Ada macam-macam pilihan juga tau. Ada pelbagai jenis kek, kuih muih, buah-buahan dan pilihan istimewa ABC. Ada banyak bahan tau korang boleh tambah-tambah sendiri dalam ABC nie.
Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Pacific Regency Hotel Suites
Pada korang yang berminat nak berbuka atau nak tau lebih detail, macam biasa Kak Sue kongsikan kat bawah nie ya

Pacific Regency Hotel Suites
Restoran Soi 23

Harga
RM98.00++ ( Dewasa )
RM49.00++ ( Kanak-kanak & Warga Emas)

Tarikh
19 Mei 2018 - 19 Jun 2018

Tel
03 - 2332 7788

Email
fnbadmin@pacific-regency.com




7 comments:

  1. Rendang tok dengan sate dia antara highlight malam tu. Sedap sangat. Ratah macam tu je pun dh sedap.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kak.. terliur tgk menu depa

    ReplyDelete
  3. sedap nampak dessert dia tu...tak sempat nak jamah tu la lewat sampai kan..hehe

    ReplyDelete
  4. pencuci mulut dia meyelerakan. :D

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap2 semua makanan kat sini... Best ni kalau bawa family pergi berbuka puasa di sini kan kak..

    ReplyDelete
  6. Banyak menu kak. Rambang mata nak pilih makan mana dulu..hehehe

    ReplyDelete
  7. Wah kak sue...makanan sokmo...tapi serious memang nampak sedap .

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.