Jom Amalkan Sayyidul Istighfar

Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nak ajak korang Jom Amalkan Sayyidul Istighfar, sebagai amalam kita setiap hari. Sebelum nie kalau tak silap Kak Sue arwah nenek Abang Man ada ajarkan dah, tapi kat mana tak tahu lah Kak Sue letak kertas doa tu. Kebetulan hari tu ada kawan niaga Kak Sue hadiahkan buku bacaan doa yang boleh kita amalkan pagi dan petang dan dalam buku tu ada doa yang Kak Sue nak ajak korang amalkan nie Sayyidul Istighfar sebagai amalan harian kita. Benda baik macam nie tak salah kan kita nak ajak dan berkongsi..

Jom Amalkan Sayyidul Istighfar
Jom Amalkan Sayyidul Istighfar

Jom Amalkan Sayyidul Istighfar

Selain amalan doa dan zikir yang biasa kita baca setiap kali selesai solat fardhu, Kak Sue nak ajak korang jom amalkan Sayidul Istifar nie juga. Korang boleh tengok gambar kat atas nie ya untuk bacaannya. Kalau tak jelas rasanya korang boleh google juga, boleh print dan boleh hafalkan juga. Kak Sue sertkan juga kat sini maksud Sayyidul Istifar untuk panduan kita bersama ya..

"Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidal ada, ilah (yang berhak diibadahi dengan benar) kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hambu-Mu. Aku (yakin) dengan janji-Mu dan aku akan setia pada perjanjianku kepada-Mu dari keburukan (apa) yang kuperbuat. Aku mengakui nikmay-Mu (yang diberikan) kepadaku dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku. Dan sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau"

Semoga kita istiqomah dalam perbaiki diri dan amal kita setiap masa kan. Apa yang kita buat tak kira baik atau buruk bakal dipersoal di sana nanti. Semoga kita semua tergolong dalam orang-orang yang dalam keredhaan Allah.. aamiin ya rabb..

1 comment

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.