Bulan May Yang Istimewa - Shuhaida Kabdy

Tuesday, May 1, 2018

Bulan May Yang Istimewa

Assalamualaikum, hai semua. Diam tak diam kita dah masuk bulan baru dah hari nie kan. Kak Sue cuma nak kongsi dengan korang kali nie Bulan May Yang Istimewa untuk kami sekeluarga setiap tahun. Mesti korang tertanya-tanya apa yang ada pada Bulan May Yang Istimewa sangat nie kan..

Bulan May Yang Istimewa
Bulan May Yang Istimewa - Sumber Google

Bulan May Yang Istimewa

Bulan May adalah bulan yang istimewa untuk kami sekeluarga sebab bulan nie adalah bulan kelahiran Syurga Kak Sue, Abang Man. Setiap kali datang tarikh 20 haribulan pada bulan May adalah tarikh istimewa bagi Kak Sue dan keluarga. Kadang tuan badan sendiri pun boleh lupa lagi tarikh tu tau.. melampau sangat kan.. hehehe..

Ingat lagi, dalam masa bertunang dengan Abang Man. Kak Sue dan kawan-kawan kami rancang nak adakan kejutan harijadi untuk Abang Man. Gigih Kak Sue masak sakan, beli kek bagai dan jemput kawan-kawan rapat kami. Terkejut juga lah Abang Man masa balik waktu rehat kejap hari tu. Tak silap Kak Sue Abang bekerja pada tarikh tu, tapi tak menghalang Kak Sue dan kawan-kawan buat kejutan untuk Abang Man..

Apa yang buat Kak Sue terharu dan teringat sampai sekarang, kata Abang Man tak pernah seumur hidup Abang Man ada orang buat sambutan dan kejutan harijadi macam nie untuk Abang Man. Jadi Kak Sue niat setiap tahun akan buat sambutan atau kejutan harijadi Abang Man. Tak kisah lah kalau keluar makan-makan aja atau belikan hadiah sebagai ingatan. Walaupun Abang Man tak kisah pun sebenarnya, biasa lah orang lelaki kan..

Kali nie May datang lagi, Kak Sue ada juga terpikir dan merancang sambutan atau kejutan untuk harijadi Abang Man nanti. Kali nie jatuh pada bulan puasa lah pulak. Bulan paling sibuk untuk Abang Man, nak cari rezeki lebih sikit dan bulan nie juga lah kalau boleh kita nak lipat gandakan amalan kan. Ya lah bulan Ramadhan bulan istimewa, pahala berlipat ganda. Kak Sue harap semoga bulan May tahun nie lebih istimewa untuk diingati sepanjang hidup kami sekeluarga.. aamiin ya rabb.. We love you sayang ❤

5 comments:

  1. Selamat menyambut bulan istimewa Buat k. Su sekeluarga
    Hari ibu, hari guru, hari buruh, hari mengundi..
    Samalah kita smbut hb bln may

    ReplyDelete
  2. Aminnnn...boleh meraikan waktu berbuka puasa ni kak Sue....

    ReplyDelete
  3. wahhh
    selamat membuat kejutan nanti
    hehehe

    ReplyDelete
  4. Sweetnya kak sue.. Tersengih sorang Husniey membaca entri ni. Moga murah rezeki sokmo kak sue dan abang man

    ReplyDelete
  5. Happy birthday 😘 in advance abg Man

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.