Manfaat Berjalan Kaki - Shuhaida Kabdy

Friday, April 27, 2018

Manfaat Berjalan Kaki

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue nak kongsi entri santai-santai ja kali nie Manfaat Berjalan Kaki dengan korang. Sebenarnya info Manfaat Berjalan Kaki nie Kak Sue dapat dari group Whatsapp family Abah Kak Sue juga. Macam ada entri sebelum nie kan yang mana Kak Sue rasa bagus untuk kita semua, Kak Sue tulis kat sini. Nanti bebila boleh lah Kak Sue rujuk balik entri nie kan..

Manfaat Berjalan Kaki
Manfaat Berjalan Kaki

Manfaat Berjalan Kaki

Kadang nak senaman atau berjoging mungkin tak cukup masa nak buat kan. Jadi Kak Sue kongsikan dengan korang kat sini Manfaat Berjalan Kaki. Jom kita tengok jom..

1. Jalan Kaki mencegah Serangan Jantung
Jalan kaki denfan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering jalan kaki, kolsetrol baik (HDL) yang bekerja sebagai spons penyerap kolestrol jahat (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki.

2. Jalan Kaki mencegah Stroke
Sebuah penelitian dilakukan pada 70 ribu karyawan yang dalam bekerja tercatat melakukan kefiatan berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko serangan stroke menurun sehingga dua pertiga

3. Jalan Kaki Membakar Lemak
Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi

4. Jalan Kaki Melangsingkan Badan
Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada diperut dan akan terkikis. Lakukan jalan kaki rutin selama satu jam.

5. Jalan Kaki Mencegah Cancer
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih tertib. Jalan kaki juga boleh menurunkan risiko terkena cancer payudara

6. Jalan Kaki Mencegah Osteoporosis
Osteoporosis tudak cukup hanya dengan vitamin D dab Kalsium. Tubuh badan juga bergerak dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pegi dan anda akan terhindar dari osteoporisis.

7. Jalan Kaki Mencegah Kencing Manis
Dengan rutin jalan kaki, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh besar. Anda hanya perlu berjalan kaki rutin untuk terus menjaga kesuburan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Jalan Kaki Mencegah Depresi/Kemurungan
Berjalan kaki dengan cepat boleh mengurangkan depresi dan juga memberi manfaat

Berjalan kaki ke Masjid akan mendapat dua kebaikan
Orang yang melakukan akan mendapat dua kebaikan :
1. Ditinggikan darjatnya
2. Akan dihapuskan dosa-dosa

Dari Abu Hurairah, Rasullulah (saw) bersabda :
Barang siapa bersuci di rumahnya lalu dia berjalan menuju salah satu dari rumah Allah swt (iaitu masjid) untuk menunaikan kewajipan yang telah Allah swt wajibkan, maka salah saty langkah kakinya akan menghapuskan dosa dan langkah kaki lainnya akan meninggikan darjatnya. (HR. Muslim no 1553)

Semoga dengan perkongsian dari Kak Sue kali nie beri manfaat untuk semua. Jom kita jalan kaki untuk kesihatan.. papai!

9 comments:

  1. Lama rasa tak exercise jalan kaki

    ReplyDelete
  2. bagus kan berjalan kaki ni tapi banyak pulak alasan utk tak berexcercise gini..hehe

    ReplyDelete
  3. betul tu
    sekarang jalan sikit jer dah mengah
    lepas nih kena rajin jalan kaki lagi lah

    ReplyDelete
  4. good info kak.. hari2 saya mmg byk berjalan sampai sakit kaki ni hihi

    ReplyDelete
  5. thanks for sharing...kalau jogging best jugak. :)

    ReplyDelete
  6. Jalan kaki merupakan salah satu senaman mudah dalam kehidupan yang serba mahu cepat dan aktif.

    ReplyDelete
  7. Info yang bagus..sy sendiri mmg suka pilih jalan kaki atau naik tangga. Lebih bagus utk kesihatan

    ReplyDelete
  8. mmg byk manfaat tu..tp kdg2 kaki xbrp kuat nk berjln kaki jauh2 hehe...tp kalo ke overseas mmg byk juga berjln kaki

    ReplyDelete
  9. Akak prefer jln kaki sbb mmg x larat jogging - manfaat jln kaki pun x kurang hebat. Cuma 2-3 bln ni bakteria malas menyerang - so slalu buat simple exercises kat ofis ja, that's why berat bdn dah naik.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.