Kelapa Laut Man Java | Open Order Pasar Ramadhan 2018 - Shuhaida Kabdy

Sunday, April 1, 2018

Kelapa Laut Man Java | Open Order Pasar Ramadhan 2018

Assalamualaikum, hai semua! Kelapa Laut Man Java | Open Order Pasar Ramadhan 2018. Tak lama lagi kita dah nak sambut bulan puasa dah kan. Macam biasa Kak Sue nak bagi tau kat korang yang berminat nak meniaga atau yang nak minum sendiri boleh lah hubungi kami nanti ya. Tahun nie pun macam tahun lepas Kelapa Laut Man Java | Open Order Pasar Ramdhan 2018 buka awal sebulan sebelum kita mula sambut bulan Ramadhan.

Kelapa Laut Man Java | Open Order Pasar Ramadhan 2018
Kelapa Laut Man Java | Open Order Pasar Ramadhan 2018

Kelapa Laut Man Java | Open Order Pasar Ramadhan 2018

Macam biasa juga, Kak Sue nak ulang lagi kat sini pada semua peniaga baik yang lama atau yang baru. Setiap peniaga hanya satu kawasan, pasar malam atau pasar ramadhan yang dibenarkan berniaga produk kami. Bukan tak boleh ramai, tapi ya lah kalau dalam satu pasar ramadhan tu kalau berderet yang berniaga air Kelapa Laut Man Java macam mana nak buat duit lebih sikit kan.

Lain lah kalau air Kelapa Laut dari jenama lain tu lain cerita lah. Lagi satu kalau ada peniaga yang tak kisah ada peniaga lain yang berniaga produk kami dalam satu tempat juga dan nak bersaing secara sihat tak jadi masalah bagi pihak kami. Cuma bila ada benda yang berbangkit tu yang kami terpaksa tekankan kat sini.

Kelapa Laut Man Java | Open Order Pasar Ramadhan 2018
Kelapa Laut Man Java | Open Order Pasar Ramadhan 2018
Kelapa Laut Man Java | Open Order Pasar Ramadhan 2018
Kelapa Laut Man Java | Open Order Pasar Ramadhan 2018
Kelapa Laut Man Java | Open Order Pasar Ramadhan 2018

Selain dari tu Kak Sue nak ingatkan juga pihak kami takan bertolak ansur kepada peniaga atau pembekal yang mengubah rasa dan jenama produk kami. Kalau nak rebranding semula produk kami ada caranya dan kita boleh bincang dulu okay. Kalau boleh kita mahu ada masalah atau perkara berbangkit di kemudian hari. Pada yang gagal patuhi syarat nie, bekalan akan diberhentikan serta merta. Jangan kata Kak Sue tak bagi tau awal-awal ya kali nie..

Untuk yang nak buat order pula, bagi yang pertama kali boleh bagi tahu nama, tempat dan kuantiti order. Untuk yang pertama kali juga perlu buat seawal dua minggu sebelum tarikh penghantaran. Setiap penghantaran akan dikenakan caj mengikut kawasan masing-masing. Untuk area Lembah Klang dan Selangor akan ada pick point yang akan diberitahu nanti. Akhir sekali sila tepati masa yang kami tetapkan masa sesi penghantaran tu ya. Nak tahu lebih detail korang boleh tengok kat bawah nie ya..

Man Java Enterprise

Tel : 
012-5854998 / 012-5844836

Email :
skabdy@yahoo.com



13 comments:

  1. syoknya dapat buka puasa denagn air kelapa laut sejuk tekak

    ReplyDelete
  2. Nak order utk minggu ni kak. Nanti ana wassap.

    ReplyDelete
  3. fulamak teringat air kelapa laut kak sue dgn abg man ni. mmg sodap lah sgt.. nak order juga utk bulan posa nanti kalau akak lalu area shah alam bgtau ye

    ReplyDelete
  4. Wah semakin maju bisnes kak sue

    ReplyDelete
  5. Marsha suka kelapa laut ni kak. Tapi jauh pula kita. Kalau ke KL nt Marsha roger akak yea.

    ReplyDelete
  6. selalu nmpk brand kelapa laut man java ni kat pasar mlm, bazar ramadhan..

    ReplyDelete
  7. Noted K.Sue..nanti Sal roger ya

    ReplyDelete
  8. kalau dia ada post ke penang kita nak order jugak.

    ReplyDelete
  9. memang air dia kaler mcm tu ke..ya allah temptingnya

    ReplyDelete
  10. memang kaler air kelapa laut tu mcm gitu ke..teringin sgt uii nak rasa

    ReplyDelete
  11. kakkkk nak order nanti saya pm eh

    ReplyDelete
  12. dah lama tak ke tasik puteri. dulu stay sana xpernah singgah lak..hihi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.