Gaya Koleksi Raya 2018 Dari Tracync Scarves

Assalamualaikum, hai semua! Baru-baru nie Kak Sue sempat ke majlis pelancaran Gaya Koleksi Raya 2018 Dari Tracync Scarves. Bertemakan "A Tale Of Spring" bertempat di The Red Zone Publika Solaris Dutamas Gaya Koleksi Raya 2018 Dari Tracync Scarves nie memperkenalkan 24 koleksi tudung mereka dengan pilihan bentuk dan warna yang menarik untuk persediaan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tak lama saja lagi..

Gaya Koleksi Raya 2018 Dari Tracync Scarves
Gaya Koleksi Raya 2018 Dari Tracync Scarves

Gaya Koleksi Raya 2018 Dari Tracync Scarves

Gaya Koleksi Raya 2018 Dari Tracync Scarves juga membuat persediaan sambutan perayaan Aidil Fitri yang akan kita rayakan dipenghujung musim bunga dan juga diilhamkan dari musim bunga diseluruh dunia, Tracync Scaves dihasilkan dari keindahan bunga-bungaan seperti Bunga Lily, penggunaan kain sari India dan motif senibina dari Timur Tengah. 

Gaya Koleksi Raya 2018 Dari Tracync Scarves
Gaya Koleksi Raya 2018 Dari Tracync Scarves
Gaya Koleksi Raya 2018 Dari Tracync Scarves
Gaya Koleksi Raya 2018 Dari Tracync Scarves
Gaya Koleksi Raya 2018 Dari Tracync Scarves
Gaya Koleksi Raya 2018 Dari Tracync Scarves
Selain dari tu Tracync Scaves dengan 24 pilihan tudung bawal nie terdiri dari pilihan warna yang menarik iaitu cool blue ke Dusty Done. Tracync Scarves nie juga menampilkan koleksi tudung jenis bawal premium yang dibuat dengan teliti, disesuaikan dan direka khas dengan buatan tangan dengan hiasan Swarovski yang sangat menarik. Bukan sekadar diketengahkan dengan pelbagai warna dan rekaan tapi juga menampilkan hijab sebagai kecantikan untuk seluruh dunia..

Gaya Koleksi Raya 2018 Dari Tracync Scarves
Gaya Koleksi Raya 2018 Dari Tracync Scarves - Sumber Tracync

Tentang Tracync Scarves

Tracync Scarves ditubuhkan pada tahun 2014 oleh Tracy Yong, beliau adalah pemilik yang Tracync Scaves. Beliau juga yang membuat dan menjual Hijab buatan tangan yang unik dan menampilkan elemen Swarovski. Melalui pertemuan beliau dengan global haute couture dan effervescent fashion dari Timur Tengah beliau telah membina jenama sendiri melalui ciptaan hijab yang mencerminkan gaya hidup wanita moden Muslim.

Tracync Scabes boleh dibeli dari The Twiq Label Boutique di Bangi Sentral atau boleh customise tempahan korang yang akan Kak Sue kongsikan kat bawah nie ya..

Tracync Scaves

Website

Facebook

Instagram







9 comments

  1. Cantik2 semuanya....walau banyak tudung dikeluarkan...bawal tetap menjadi pilihan dan ada pengikutnya yang tersendiri...lagi pun sekarang bila sebut tudung bawal...bukan macam dulu plain tanpa aksesori..sekarang mewah dengan sulaman tak pun batu-batuan sworski...hehe..

    ReplyDelete
  2. Lawa batu tu, mcm tetau je akk ni saya tengah cr tdg raya hehe

    ReplyDelete
  3. Cantik- cantik tudungnya kak..SA berkenan betul dengan tudung tu semua..merelip- relip..harga dia merelip mata tak kak?

    ReplyDelete
  4. Cantik² jugak bawal dekat sni kan.. Hiasan batu nampak kemas. sesuai utk pakai raya ni kak sue.

    ReplyDelete
  5. Iols minat bawal tu lah uols. Cantik. First time dengar jenama ni.

    ReplyDelete
  6. wah cantiklah tudung ni.. suka kaler dia yg pastel

    ReplyDelete
  7. Cantik cantik shawl yang ada.blink blink gitu

    ReplyDelete
  8. cantik2 ,boleh pilih tuk raya nanti ni...

    ReplyDelete
  9. cantik kan...dgn taburan sworski tu lg nampak exclusive kan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.