Ustaz Kecik Ibu

Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak sembang cerita anak bongsu Kak Sue Adik. Biasanya Kak Sue suka panggil Ustaz Kecik Ibu kat Adik. Sampai ada kawan rapat keluarga Kak Sue pun ada yang panggil dengan nama yang sama kat Adik. Sebenarnya Kak Sue tak kisah pun besar nanti Adik nak kerja apa, cuma Kak Sue saja suka panggil Adik dengan jolokkan nama Ustaz Kecik Ibu. Rasa comel je nampak Adik pakai kopiah dan jubah.. chewah sapa lagi nak puji anak sendiri kan kalau bukan Ibunya.. hehehe..

Ustaz Kecik Ibu
Ustaz Kecik Ibu

Ustaz Kecik Ibu

Lama Kak Sue tak sembang pasal Adik Ustaz Kecik Ibu nie. Adik masih lagi bersekolah beraliran agama atau tahfiz. Cuma biasa lah bila berubah hafazan tu lebih mencabar sikit lah untuk Adik. Biasa lah sekolah tahfiz nie memang banyak ujiannya. Bukan pada anak saja, ibubapa dan Ustaz pun kena uji juga. Nasiblah disekeliling Kak Sue nie ramai yang menyokong dan paham kami. Kalau ada bunyi yang tak bagus tu Kak Sue abaikan aja, Allah lebih tahu semuanya. Biarkan mereka berbunyi-bunyi disitu.. ehehe..

Rutin harian Adik pun macam biasa lah dengan sekolah tahfiz lain. Kelas bermula seawal tujuh pagi, nak kena hantar hafazan baru yang belajar malam tadi. Kemudian rehat dan sarapan. Sambung lagi semak bacaan, rehat dan tidur sekejap sebelum Zohor. Kat luar negara pun ada buat macam nie kan, tidur sekejap sebelum mulakan kelas balik. Cuma bagi kita yang beragama Islam nie tidur sekejap sebelum Zohor tu siap dapat pahala sebab kita nak kerjakan Tahujud malam nanti kan. Kak Sue lupa pula apa kenama panggil entah tidur sekejap sebelum Zohor tu..

Kemudian sambung lagi sampai Asar, dan rehat juga riadah. Selalunya main bola lah ramai-ramai kat padang. Sebelum Maghrib dah nak kena sedia, dan sambung lagi sampai Isyak, rehat dan ada kelas perbincangan sebelum bersurai. Tu yang Adik sekarang asyik letih katanya. Agaknya riadah petang tu kan, tapi bagus juga lah dapat rehat dah riadah sekejap rehatkan minda. Nie kata Adik terpilih untuk sukan bola sepak sekolah tahfiz Adik, seronok lah tu. Minat sangat main bola..

Apapun Ibu sentiasa doakan Ustaz Kecik Ibu dan anak-anak yang lain sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah. Diberi kesihatan yang baik, ditenangkan, diterangkan hati dan dilancarkan lidah dalam menhafaz. Cemerlang di dunia dan di akhirat.. aamiin ya rabb.. Jumpa lagi nanti cerita Ustaz Kecik Ibu yang lain ya, papai!

16 comments

  1. uwaahhh sejuk perut ibu mengandung

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. sejuk perut yang mengandungkan adik ...semoga jadi anak yg soleh

    ReplyDelete
  3. Qailullah kan kak su..tdo sebentar sebulum zuhur tu..moga menjadi anak syurga

    ReplyDelete
  4. Hensem..membesar jadi anak yang soleh ye adik..raut wajah tu nampak manja sangat ngan akak tu...

    ReplyDelete
  5. Panggilan yang baik-baik jadi doakan kak Sue....aminnn...moga satu masa nanti makbul kak...

    ReplyDelete
  6. Amin kak...ustaz satu hari insyaallah...

    ReplyDelete
  7. Lagi pack jafual budak budak tahfiz ye kak.apa apa pun semoga dia jadi anak yang soleh.

    ReplyDelete
  8. Aminnn. Airah pun macam berminat nak hantar adik lelaki pergi sekolah tahfiz ni tapi sampai sekarang tak terlaksana lagi

    ReplyDelete
  9. Semoga makbul gelaran ustaz tu sampai bila2 ya

    ReplyDelete
  10. InsyaAllah bakal hafiz ni kak. Amin.

    ReplyDelete
  11. Sejuk je dengar bila mereka buat hafazan.anak saudara saya pun sekolah tahfiz..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah seronok dengar...moga menjadi asbab ayahibu ke syurga ya nak

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah... Sejuk perut inu mengandung. LeYa pun insyaAllah ade anak nanti nak hantar anak ke sekolah agama.

    ReplyDelete
  14. comel je nama uztaz kecik ibu ni. sedap dengar. semoga membesar jadi anak yang soleh.


    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  15. Handsome nya adik. Berapa tahun ni kak? Semoga menjadi anak yang soleh.

    ReplyDelete
  16. allahu anak syurga. doakan yg terbaik untuk adik ye

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.