OCD Yang Meletihkan

Assalamualaikum, hai semua! OCD yang meletihkan. Haa.. rasanya ada yang dah tau kan penyakit nie. Penyakit yang boleh menganggu kehidupan kita kalau kita tak cuba kawal dari mula. Bukan apa, penyakit nie kalau di layan memang menjadi-jadi! Sebenarnya ada sebab tau bila Kak Sue tulis OCD yang meletihkan nie, orang yang rasa aja yang tahu macam mana.. ehehe..

OCD Yang Meletihkan
OCD Yang Meletihkan - Gambar sekadar hiasan ja..

OCD Yang Meletikan

Sebelum Kak Sue sembang lebih lanjut pasal OCD yang meletihkan nie, Kak Sue nak bagi tau pada korang yang belum tau apa makna OCD nie. OCD nie ialah Obesesive Compulsive Disorder atau dengan kata lain ialah ketidakcelaruan perasaan yang memerangkap fikiran dan perangai pesakit dalam kitaran yang tidak berakhir. Haaa.. gitu, agak-agak korang paham tak? Kak Sue nak terangkan pun tak tau, nie pun Kak Sue google ja tau makna dia..

Ataupun untuk lebih mudah paham pesakit OCD suka pada kesempurnaan dan suka buat sesuatu perkara tu secara berulang-ulang. Kalau tak buat macam tu pesakit akan rasa resah dan stress. Tu yang Kak Sue kata OCD nie meletihkan. Mana tak letih kalau dah dok buat benda yang sama berkali-kali kan. Selagi rasa tak sempurna, selagi tu lah buat benda yang sama.. huhuhu..

Kak Sue sebenarnya malu juga nak mengaku nie, Kak Sue salah sorang pengidap OCD juga sebab tu Kak Sue tau dan paham perasaan depa semua nie. Cuma kita kena cuba dan usaha kawal perasaan kita supaya tak ada lah bawa mudarat pada diri kita. Kak Sue kadang kalau nak sedapkan hati Kak Sue cakap semua kat dunia nie tak sempurna kecuali Allah. Bila dah berkata dalam hati macam tu InsyaAllah rasa relaks sikit nanti tau. Tak ada lah rasa tertekan sangat. Nanti bila kita tertekan tu yang macam-macam penyakit datang..

Kak Sue tak pasti pun OCD nie sama ke tak dengan penyakit was-was, tapi rasa ada sikit kut, sebab tu akan buat perkara atau benda secara berulang-ulang sebab kita rasa was-was. Dah bersih ka... dah elok ka.. dah buat ka belum, haa macam tu. Bertanya-tanya dalam hati, selagi tak pastikan semua tu kita jadi memikir tu yang tak bagus tu. Macam kata mak mertua Kak Sue benda macam nie kita jangan mula melayan, bila sekali melayan tu yang jadi susah nak buang tu.. Biasa lah kan, syaitan memang suka kita buat perkara sia-sia.. lalai..

Apapun kita banyak-banyak dekat kan diri pada Allah. Kak Sue ada baca perkongsian dari Ustaz Rizal Johari tentang penyakit nie, nanti Kak Sue kongsikan ya cara-cara kita nak kurangkan atau sembuhkan OCD nie. Pada yang ada sakit OCD nie jangan rasa down atau malu tau. Kita pun bukan minta nak ada sakit nie, banyak-banyak istifar dan dekatkan diri dengan Allah. Kuatkan hati, InsyaAllah akan berkurangan dan mana tahu boleh terus sembuh sepenuhnya kan.. aamiin ya rabb.. Jumpa lagi nanti di entri yang lain, jaga diri.. papai!



Post a Comment

19 Comments

  1. Take care kak sue.. lama tak jumpa kak sue..

    ReplyDelete
  2. hah OCD kalo tk dikawal parah nanti

    ReplyDelete
  3. OCD kalau tak kawal memang akan beri kesan yang buruk. Petasaan was was ni memang buat kita tak tenangkan kak.

    ReplyDelete
  4. OCD dan penyakit was was adalah benda yang sama..akak kena kawal perasaan akak dan kalau boleh jumpa yang pakar dari rawat sendiri atau biarkan ianya berlaku..tak elok untuk diri sendiri...

    ReplyDelete
  5. Suami pun ada penyakit OCD ni...xpe kak su, slow slow kita kawal

    ReplyDelete
  6. Sabar kak ye..OCD kak ni masih dalam kawalan lagi.

    ReplyDelete
  7. kadang2 bagus ada penyakit OCD ni. hehehe

    ReplyDelete
  8. kita paham. mak sy pon ada penyakit ni...huhuhu...kdg kesian kt mak. kita cuma boleh tegur je la tp dia tetap buat jugak

    ReplyDelete
  9. Bagus kak sue tau apa masalah kak sue Dan dgn Cara Tu barulah boleh Cari jalan utk overcome penyakit ni. Semoga kak sue dipermudahkan

    ReplyDelete
  10. ada baik buruk jugak OCD ni.. tapi kalau dapat kawan sekeliling yang tak memahami atau tak mahu memahami memang boleh porak peranda juga. kena faham betul2 kalau ada kawan yang OCD..

    ReplyDelete
  11. Insyallah..kak sue boleh kawal.kita pun tak tahu pasal penyakit ni kak..

    ReplyDelete
  12. Macam mak saya. Rasa ada OCD jugak. Suka amik wudhu' banyak kali. Was-was katanya.

    ReplyDelete
  13. Ana tau akak kuat dan boleh atasi ocd ni. Zikir selalu ye kak semoga dipermudah semuanya.

    ReplyDelete
  14. Penat jugak kala ada OCD ni sebab terlampau paranoid & for sure akan jejaskan kesihatan jugak. be strong kak sue :D

    ReplyDelete
  15. Take care kak sue.. Cuba slow2 atasi.. Huhu

    ReplyDelete
  16. die boleh kawal sis..saya OCD juga..tapi makin lama makin kawal..dah tak terlampau mcm dulu

    ReplyDelete
  17. Baru tahu pasal OCD ni. Bawa bersabar ya. Insyaallah semua akan baik.

    ReplyDelete
  18. Kami OCD jugak, haha. Jenis nk ada msj tertypo pun xblh.

    ReplyDelete
  19. moga akk terus tabah dan dapat mengawal sakit OCD ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️