Jom Singgah Gerai Mummy di Seksyen 13 Shah Alam

Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nak kongsi dan ajak korang Jom Singgah Gerai Mummy di Seksyen 13 Shah Alam. Sebenarya gerai nie kawan Kak Sue dan Abang Man yang punya. Kebetulan tadi Kak Sue ikut Abang Man hantar order Pati Kelapa Laut dan Jus Kedondong Asam Boi, nampak gerai kawan nie terus kami singgah. Apa salahnya kita sokong kawan-kawan niaga kan, tu yang Kak Sue nak ajak korang yang mana berdekatan area sini Jom Singgah Gerai Mummy di Seksyen 13 Shah Alam nie..

Jom Singgah Gerai Mummy di Seksyen 13 Shah Alam
Jom Singgah Gerai Mummy di Seksyen 13 Shah Alam

Jom Singgah Gerai Mummy di Seksyen 13 Shah Alam

Beria kan Kak Sue ajak korang Jom Singgah Gerai Mummy di Seksyen 13 Shah Alam nie kan. Bukan apa, selain nak sokong kawan-kawan niaga Kak Sue nak bagi tau korang, berbaloi tau kalau singgah sini. Makanan yang disediakan kat sini semua sedap-sedap belaka. Kak Sue siap tapau bawa balik lagi tau, tak cukup makan kat situ tadi..

Mee Kari - RM6.00
Jom Singgah Gerai Mummy di Seksyen 13 Shah Alam
Jom Singgah Gerai Mummy di Seksyen 13 Shah Alam
Gerai Mummy nie ada jual Mee Kari, Mee Hoon atau Kuew Teow Sup dan makanan bergoreng. Kak Sue memang dah biasa dengan masakan Mummy nie sebab sebelum nie memang kami biasa berniaga bersebelahan aja. Mee Kari Mummy memang sedap tau korang, cukup semua rasa. Lama dah tak dapat rasa Mee Kari yang sedap macam nie. Kalau ikut selera Kak Sue lah kan, tak tau la kalau selera korang macam lain pula. Maklumlah selera masing-masing kan..

Mee Hoon Sup - RM6.00
Jom Singgah Gerai Mummy di Seksyen 13 Shah Alam
Jom Singgah Gerai Mummy di Seksyen 13 Shah Alam
Masa Kak Sue singgah makan tadi, pelanggan memang sentiasa ada aja tak putus datang dan pergi. Minuman pula ada pilihan sejuk atau panas. Gerai Mummy nie betul-betul tepi jalan dekat parking area Giant Shah Alam tu. Kalau lalu area sana memang akan nampak Gerai Mummy nie. Jemput singgah tau korang kalau datang ke area sini dan selamat menjamu selera. Jumpa lagi nanti dengan entri makan-makan yang lain, papai!

6 comments

  1. Serius nampak sedap lah kak mee Kari dgn nee sup ni. Kalau lalu Sana nak singgah lah

    ReplyDelete
  2. Sup die tu nampak menyelerakan.. Nanti kalau ke sana, insyaAllah.. Bolehlah singgah.. Tq kak sue sharing info.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nampak Mee Kari tu 😍

    ReplyDelete
  4. Menyelerakan...betu la kak Sue...tak salah kita sama2 saling menyokong dan membantu...moga bertambah rezeki kawan-kawan dan secara tak langsung Allah luaskan pintu rezeki kita...amin...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya kak sue nak nak mee sup tuh..uitt..buh kicap cili perghh terangkat

    ReplyDelete
  6. menggugat jiwa betul tengok makanan dia terus lapar rasanya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.