Doa Hilangkan Migraine

Assalamualaikum, hai semua! Sekarang nie cuaca tak menentu kan. Sekejap panas, sebelah petang dah hujan pula. Bila cuaca panas tu sampai rasa tak tahan, sakit kepala rasanya. Nie yang Kak Sue nak kongsikan kat sini Doa Hilangkan Migraine dengan korang. Senang nanti Kak Sue nak buat rujukan juga kan. Jom kita tengok Doa Hilangkan Migraine jom..

Doa Hilangkan Migraine
Doa Hilangkan Migraine - Sumber Google

Doa Hilangkan Migraine

Macam sebelum nie Kak Sue ada bagi tau kat korang kat sini, bila jumpa doa atau perkongsian yang bermanfaat Kak Sue akan simpan dalam satu tempat kat handphone Kak Sue. Cuma lupa sangat Doa Hilangkan Migraine nie Kak Sue dapat dari siapa. Rasanya perkongsian dari facebook tapi lupa sapa yang kongsikan. Doa hilangkan migraine nie ringkas dan pendek aja korang. Senang sangat nak amalkan. Jom kita tengok doanya..

• Baca Bismillah sebanyak tiga kali (Bismillah pendek aja)

• Baca doa dibawah sebanyak tujuh kali
أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
A'udzu bi'izzatillahi wa qudratihi min syaari ma ajidu wa uhadzir'u
Ertinya - Aku berlindung kepada keangungan dan kekuasaan Allah dari keburukan (penyakit) yang aku dapati dan aku takutkan

Haa.. senang ja kan. Sambil baring-baring tu boleh la kita amalkan. Kita ikhtiar ja kan, selain makan ubat kita kena berdoa juga. Kalam Allah memang kita tahu keajaibpannya. Semoga perkongsian Kak Sue nie beri manfaat kepada semua. Terima kasih kepada Hamba Allah yang berkongsi dan semoga pahala berpanjangan selamanya untuk beliau, aamiin ya rabb..


7 comments

  1. memang tengah migrain ni..sangat sesuailah untuk saya amalkan..thanks for sharing

    ReplyDelete
  2. ye kak sue...sekarang musim terlalu panas...selalu gak kena pening...kdg2 dh puas minum air masak byk dah...mandi pun byk dah tp kalau nak pening dtg juga kan...tq kak sue share doa.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kak Sue..bila migraine menyerang...subhanAllah...moga bila amalkan doa ini,,ianya meredakan dan merawat kan kak..amin.

    ReplyDelete
  4. Mana2 tempat yg sakit boleh baca doa ni. Hanya letak tgn kanan kat tempat sakit tu dan baca doa ni.

    ReplyDelete
  5. tq sharing ni kak..migrain on off dr sabtu lepas sampai semalam. hari ada kurang sikit tp still pening.. rasa cam x stabil tp gigih jgk nak keje sbb semalam dah mc..

    ReplyDelete
  6. Yang ada migrain eloklah amalkan.good sharing kak

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.