Syurga Kak Sue

Assalamualaikum, hai semua. Dalam kehidupan kita sehari-hari mesti ada pahit manis kan. Macam tu juga lah alam perkahwinan. Akan datang berbagai ujian nak uji kemampuan sabar dalam diri kita. Kak Sue bersyukur ditemukan jodoh dengan Abang Man, Syurga Kak Sue.  Sentiasa terima apa adanya tentang Kak Sue. Sekarang nie bila dah jadi isteri, Syurga Kak Sue adalah Abang Man, wajib taat selagi tak melanggar hukum syarak. Walaupun sebenarnya kadang ada juga lah ingkarnya.. ehehe..

Syurga Kak Sue
Syurga Kak Sue

Syurga Kak Sue

Sebenarnya Kak Sue nak kongsi kata-kata menarik nie khas untuk Syurga Kak Sue, Abang Man.. Lupa ambil kat mana, tapi semoga yang berkongsi kata-kata nie Allah berikan kebahagian untuk beliau dunia dan akhirat. Kadang kita selalu terlepas pandang kan benda-benda macam nie. Jadi Kak Sue kongsikan kat sini, bila Kak Sue tak ada nanti boleh lah jadi panduan untuk anak-anak Kak Sue dan juga luahan hati untuk Abang Man tersayang.. chewah!

Suami.. lelaki itu yang kita kasihi, yang kita cintai. Insan yang paling tahu susuk tubuh kita, yang paling tahu buruk kerenah kita. Namun seringkali memilih untuk menerima seadanya. Dia milik Ilahi, dia akan pergi satu hari nanti..

Syurga Kak Sue
Syurga Kak Sue
Adakah saat itu kita akan tersenyum mengenang kebahagian kita mengharungi susah payah dengannya atau menangis mengenang kegagalan kita memanfaatkan masa-masa yang ada.. Hargai lah seorang insan bernama suami. Biar siapa pun mereka, terima seadanya. Mereka lubuk pahala kita.. setiap masa...

Semoga perkongsian ringkas Kak Sue nie beri manfaat untuk semua ya. Istimewa untuk Abang Man.. Me, love you so much Abang, terima kasih atas segalanya tau. Semoga kita bertemu di Syurga Allah nanti, aamiin ya rabb..

25 comments

  1. Sweetnya..Semoga kekal bahagia sampai syurga sana :)

    ReplyDelete
  2. Semoga berkekalan dunia dan akhirat ^^

    ReplyDelete
  3. Semoga hubungan berkekalan hingga syurga dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah KakSue

    ReplyDelete
  4. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga

    ReplyDelete
  5. Amin...amin..amin..syurga isteri suami..syurga suami bila dia melunaskan tanggungjawabnya..PC selalu cakap dengan En Suami..kita suami isteri kita juga share partner..sama2 tolong kurangkan dosa sebab sama2 nak masuk syurga..kerjasama.

    ReplyDelete
  6. ala..sweetnya k.sue..semoga kekal bahagia k.sue & abg man :D

    ReplyDelete
  7. Semoga kekal Till Jannah.. semoga menjadi isteri yang disayangi suami selamanya.. Aamiin..

    ReplyDelete
  8. Isteri ni sebenarnya senang sangat nak buat pahala kan? Dah lubuk pahala depan mata je. Kita hanya perlu taat dan ikhlaskan setiap penat lelah uruskan rumahtangga. Tapi tu lah, bila dah terover dose tired, terbabas jua tunjuk perasaan. Huhuhu~

    ReplyDelete
  9. Alololo.... Sweet sangat madah isteri untuk suami. Semoga berbahagia sentiasa ye kak sue 😊

    ReplyDelete
  10. Kadang sayu kan tengok suami bertungkus lumus menguruskan dan mencari rezeki untuk keluarga.. Suami dan Ayah, husniey memang kagum dengan lelaki.. Mereka memang kuat dan tabah..tak pernah merungut dan luntur semangatnya untuk keluarga

    ReplyDelete
  11. Aamiin ...bergenang baca , moga Allah beri kekuatan untuk terus melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan sebagai isteri ..ibu..dan anak.

    ReplyDelete
  12. Bersemut tetiba screen hp ana ni kak. Hahaha. Semoga terus berbahagia ye kak. ❤

    ReplyDelete
  13. Perkongsian yang bagus kak.bagus akak ingatkan kami yg isteri isteri ni

    ReplyDelete
  14. Semga terus bahagia hingga keakhirnya..asam garam rumahtangga..ada pasang surutnya..yang penting kuncinya adalah kesabaran

    ReplyDelete
  15. Semoga bahagia hingga syurga kak 💕

    ReplyDelete
  16. Bersemut ham..leh kencing manis...SA xde suami...acaner

    ReplyDelete
  17. Pewitttt Moga Kak Sue satu family sentiasa dalam keberkatan Allah dan dimurahkan rezeki Aamiin

    ReplyDelete
  18. suwitt nya kak sue...moga kak sue sentiasa bahagia hingga jannah bersama abg man. Seronok tengok kak sue bahagia bersama abg man

    ReplyDelete
  19. Semoga kebahagian nie kekal bersama kak sue sekeluarga =)

    ReplyDelete
  20. tq for sharing..smoga bahagia hingga hujung nyawa

    ReplyDelete
  21. sedihnya baca. kadang tiap malam ida pon terfikir benda yang sama pasal suami. semoga kita semua kekal hingga ke akhir hayat dengan pasangan tercinta amin insyaAllah

    ReplyDelete
  22. Semoga hubungan berkekalan & bahagia hingga selamanya. Amin

    ReplyDelete
  23. so sweet.. semoga jodoh kak sue dan abg man hingga ke syurga.. semoga allah panjangkan umur kak sue dan abg man sekeluarga supaya dapat berkasih sayang lebih lama didunia

    ReplyDelete
  24. sweetnya kak sue.. semoga jodoh kak sue dgn abg man berkekalan hingga ke syurga ya.. amin..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.