Resepi Kek Butter Mudah Dengan Periuk AMC - Shuhaida Kabdy

Wednesday, February 14, 2018

Resepi Kek Butter Mudah Dengan Periuk AMC

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Kek Butter Mudah dengan periuk AMC, kan Kak Sue pernah janji nak kongsi resepi kat sini. Senang sangat korang sambil masak boleh buat kerja lain dan tak ambik masa yang lama pun nak siap masak kek tu tau. Bahan dan cara nak buat pun mudah aja korang. Jadi jom kita tengok resepi Kek Butter Mudah dengan periuk AMC jom..

Resepi Kek Butter Mudah Dengan Periuk AMC
Resepi Kek Butter Mudah Dengan Periuk AMC

Resepi Kek Butter Mudah Dengan Periuk AMC

Sebenarnya resepi Kek Butter nie Kak Sue dapat dari pihak AMC masa Kak Sue pergi masak-masak kat sana. Bahan dalam resepi Kek Butter mudah dengan periuk AMC nie pun tak banyak, empat bahan aja pun. Cuma Kak Sue ada tambah susu segar nak bagi moist sikit. Kalau korang tak suka kek jenis moist, tak payah letak susu pun boleh ja. Kita yang buat dia kan. Okay jom kita tengok resepinya jom..

Resepi Kek Butter Mudah Dengan Periuk AMC
Resepi Kek Butter Mudah Dengan Periuk AMC

Kek Butter Mudah AMC

Bahan-bahan : 
1/2 buttercup
3 biji telur
1 mangkuk tepung kek 
1/2 mangkuk gula kastor
1 sudu kecil esen vanila - Kak Sue tambah sendiri
Sedikit serbuk koko
* Mangkuk size sederhana kecil

Cara-cara :
Pukul gula dan butter sehingga kembang
Kemudian masukkan telur, satu persatu
Masukkan esen vanila
Akhir sekali masukkan tepung, gaul rata
Kalau nak buat corak marble, bahagikan adunan kepada dua bahagian
Satu adunan warna asal dan satu lagi masukkan serbuk koko
Kemudian masukkan adunan kek tadi secara berselang seli
Sedia untuk membakar

Cara Masak Dengan Periuk AMC
Kak Sue kongsikan ya step by step ringkas dan mudah cara masak Kek Butter dengan periuk AMC nia ya..

Resepi Kek Butter Mudah Dengan Periuk AMC
Resepi Kek Butter Mudah Dengan Periuk AMC
1. Dah siap semua adunan kek tadi, tuangkan ke dalam periuk AMC

2. Hidupkan navigenio ke tahap 2 dan tetapkan audioterm ( bluetooth) ke simbol meat, nanti akan ada lampu merah menyala kat tepi dapur

3. Setkan bluetooth tadi lebih kurang 10-15 minit dan tunggu sehingga bunyi bip. Bila dah bunyi bip tadi, matikan bluetooth dan dapur

4. Kemudian alihkan dapur AMC ke atas periuk AMC, setkan dapur kepada 1 line tapi api dapur pada tahap 2 untuk 8 minit lagi. Tunggu sehingga bunyi bip sekali lagi dan kek siap dimasak

Mudah ja sebenarnya, cuma untuk penggunaan pertama kali kita masih tercari-cari cara nak guna semua produk tu kan. Bila dah tau guna memang kita rasa enjoy memasak, sebab senang dan cepat. Selamat mencuba ya korang, tunggu Kak Sue akan kongsikan resepi lain yang mudah, cepat dan sihat dengan AMC lain kali, papai!

Baca juga di Jom Masak Dengan AMC



12 comments:

  1. Nampak sedap kek akak buat ni..nanti bleh la buatkan utk SA plak..selera baru nak ok ni...

    ReplyDelete
  2. Thanks for the recipe :D ngam2 Hana tengah nak berkawan baik dengan oven hahah! ^^

    ReplyDelete
  3. Sedap lah kak nampak kek tu. Nak sikit plss. Mengidam dah ni. 😍

    ReplyDelete
  4. Amboi cantiknya periuk tu..

    ReplyDelete
  5. Menarik kan... Sangat sedap... Bestnye...dah dapat guna produk AMC

    ReplyDelete
  6. tringat yg kita mkn kek butter masa masak AMC..yummmm

    ReplyDelete
  7. Wah,nudah lah ada periuk ni kan. Sedapnya kek tu. Favourite mak tu.

    ReplyDelete
  8. Wow sangat produk AMC ni..
    Memudahkan urusan seharian

    Terima kasih atas resepinya kak sue😍

    ReplyDelete
  9. Mudah juga bahan-bahannye ni kak Sue...sedapnya...

    ReplyDelete
  10. Fulamak sedapnya.. POS sikit ke Shah alam kak

    ReplyDelete
  11. Mudah saja nak buatkan kak sue.tak susah manapun

    ReplyDelete
  12. akak.. .potong sikit nak rasa! serius tau kek butter ni kegemaran saya.. kalau yg marble lagi best tp nak yg dgn periuk AMC la.. haha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.