Nikmati 18% Pulangan Tunai Sempena Kempen Hari Gaji Shopee

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue nak kongsikan cerita shopping online di Shopee lagi kali nie. Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. 

Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan.

Nikmati 18% Pulangan Tunai Sempena Kempen Hari Gaji Shopee
Nikmati 18% Pulangan Tunai Sempena Kempen Hari Gaji Shopee

Nikmati 18% Pulangan Tunai Sempena Kempen Hari Gaji Shopee Dari 26 Hingga 28 Febuari 2018

Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempih penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli belah", kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee

Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinghi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembanyaran menggunakan kad kredit dan debit dan seteruanya, pemindahan bank

Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan

Mobil & Gajet
Sarung & Pelindung, Audio, Bank Kuasa & Bateri

Kesihatan & Kecantikan
Produk Kecantikan Kulit, Makanan Tambahan, Berus & Peralatan Solek

Permainan, Kanak-kanak & Bayi
Fesyen Kanak-kanak; Permainan & Pendidikan; Perkakas untuk Makan & Penyusuan 

Pakaian Wanita
Baju, Pakaian Dalam & Pakaian Tidur, Gaun 

Perabot & Perhiasan Rumah
Hiasan Dalaman, Tempat Menyimpan untuk Dapur, Kelengkapan Bilik Tidur

Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi.

Nikmati 18% Pulangan Tunai Sempena Kempen Hari Gaji Shopee
Nikmati 18% Pulangan Tunai Sempena Kempen Hari Gaji Shopee
Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet; Kesihatan & Kecantikan; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Perabot & Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang Runcit & Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki. 

Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok.

Nikmati 18% Pulangan Tunai Sempena Kempen Hari Gaji Shopee
Nikmati 18% Pulangan Tunai Sempena Kempen Hari Gaji Shopee
Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play. 

19 comments

  1. Wahhh menrikk ni! Banyaklaa bole savee!

    ReplyDelete
  2. Wah shopping lg lah nampaknya. Jum kakakku.

    ReplyDelete
  3. Husniey boleh mengadap shopee ni berjam jam tanpa sedar 😂

    Uih dahsyat penangan Shopee ni haa.. Happy shopping too kak sue

    ReplyDelete
  4. Akak beli apa tu...hahaha..dah tahu lg mau tanya

    ReplyDelete
  5. Hmm... Nak beli apa ni yek. Berbaloi2 tawarannya

    ReplyDelete
  6. Habislah kopak poket memasing kak oi

    ReplyDelete
  7. Tahniah shopee. Tengah survey nak beli barang apa ni. Sebab dapat voucher ☺

    ReplyDelete
  8. kita pun dah tershopping kat shopee ni, tau..aish, berantu masuk website shopee...

    ReplyDelete
  9. addooiii kaksue...cuba untuk lupa date itu...hahahaha...kena save jugak ni

    ReplyDelete
  10. ready lah esok 26-28 febuari.. poket tembus sebab nak shoopping je.. pingsan mak.. hahaha

    ReplyDelete
  11. Dah start ni kak sue. Jom shopeeing jom. Banyak nak beli ni.

    ReplyDelete
  12. Marsha dah start sopping dah ni kak sue...hihi

    ReplyDelete
  13. Yeay dah shopping dah. . Memang best byk yang murah-murah he he he

    ReplyDelete
  14. Selamat bershopping! Kihkihkih!😁

    ReplyDelete
  15. SA dah terjebak teruk dengan Shopee ni...rosak..rosak...

    ReplyDelete
  16. Ni mula nak terjebak & shopping banyak kat Shopee ni.

    ReplyDelete
  17. sekarang mudah da ni shopping semua hujung jari ^^

    ReplyDelete
  18. kali ni saya berjaya tahan nafsu kak.. hahaha.. ketawa jahat sikit

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.