Assalamualaikum, hai semua! Hari nie Kak Sue nak kongsi pasal makanan lagi Mee Ayam Endang, menu dari Indonesia. Kemahin jauh kan datangnya Mee Ayam Endang nie, sebenarnya Kak Sue order dari gerai tepi jalan depan rumah Kak Sue nie aja. Gerai nie buka setiap hari, kecuali hari Jumaat kalau tak silap.
Mee Ayam Endang nie memang sedap, pertama kali rasa mee nie terus rasa nak makan lagi. Kak Sue pun pertama kali tau cuba makan Mee Ayam nie. Memang kena dengan selera Kak Sue. Selain Mee Ayam, ada menu lain juga kat gerai nie, ada soto dan bakso juga. Semua makanan kat sini sedap dan kena dengan selera Kak Sue.
Nama Mee Ayam Endang nie Kak Sue letak sempena nama tuan gerai, Endang. Tu yang Kak Sue tulis Mee Ayam Endang kat sini. Selalu kalau Kak Sue order Mee Ayam Kak Sue suka minta sayur lebih, sebab suka makan sayur kan. Nasib lah Endang faham dan tak kisah..
Korang yang mana tinggal berdekatan dengan Bandar Tasik Puteri Rawang atau yang berdekatan meh lah singgah gerai Endang nie tau. Semua makanan yang ada kat sini sedap-sedap belaka, gerai pun bersih terjaga. Jemput singgah ya nanti, papai!
Korang yang mana tinggal berdekatan dengan Bandar Tasik Puteri Rawang atau yang berdekatan meh lah singgah gerai Endang nie tau. Semua makanan yang ada kat sini sedap-sedap belaka, gerai pun bersih terjaga. Jemput singgah ya nanti, papai!
22 Comments
tak boleh la tgk makanan malam2 buta macam ni... lapaq..haha
ReplyDeleteSedapnya...ni lebih kurang sup ya Kak Sue....seronok kalau bila kita minta lebih sayur ok je penjualnya...moga murah rezeki tuan kedai...amin..
ReplyDeletesetuju.. saya pun suka sayur byk.. hehe
DeleteSedapnya kak.Oo nama mee ayam endang sempena nama peniaga tuh...
ReplyDeletemacam mee soto pun ada rupanya tu kak..
ReplyDeleteWahhh....terbaiklah Kak Sue... Nanti singgah sana boleh lah rasa..hehe..
ReplyDeleteNampak sedap..ingatkan resepi ada :(
ReplyDeleteBaru nak try buat
menarik nmpknye tu
ReplyDeleteaduhai..sedap..
ReplyDeletesedapnya..laparr terus tengok makanan
ReplyDeletealahai menggodanya..mauu juga..tapi jauh pula
ReplyDeleteTengok gambar pun nampak sedap. Okay, masuk list JJCM. Nanti boleh try.
ReplyDeletetak pernah makan mee ayam endang ni..macam soto pun ada jugak eh
ReplyDeletesedapnya nmpk sis....teringinnya !
ReplyDeleteowh endang tu nama owner kedai rupanya
ReplyDeletehehehe
Nak try lah nanti kalau ada rezeki ke sana. Nampak sedap tu kak.
ReplyDeleteWah no first time saya dengar Nama dia ni.. masakan Indonesia rupanya bolehlah cari nanti
ReplyDeleteFirst time dengar nama endang ni. :D
ReplyDeleteWah.. tengok gambar pun dah nampak sedap ni
ReplyDeleteAduh, ni yang buat kita jadi lapar ni
ReplyDeleteIngatkan kenapa nama dia mee ayam endang.. rupanya endang tu nama tuan kedai..
ReplyDeletemakan dengan kicap cili tu mesti lagi sedp!
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️