Mee Ayam Endang

Assalamualaikum, hai semua! Hari nie Kak Sue nak kongsi pasal makanan lagi Mee Ayam Endang, menu dari Indonesia. Kemahin jauh kan datangnya Mee Ayam Endang nie, sebenarnya Kak Sue order dari gerai tepi jalan depan rumah Kak Sue nie aja. Gerai nie buka setiap hari, kecuali hari Jumaat kalau tak silap.

Mee Ayam Endang
Mee Ayam Endang

Mee Ayam Endang

Mee Ayam Endang nie memang sedap, pertama kali rasa mee nie terus rasa nak makan lagi. Kak Sue pun pertama kali tau cuba makan Mee Ayam nie. Memang kena dengan selera Kak Sue. Selain Mee Ayam, ada menu lain juga kat gerai nie, ada soto dan bakso juga. Semua makanan kat sini sedap dan kena dengan selera Kak Sue.

Nama Mee Ayam Endang nie Kak Sue letak sempena nama tuan gerai, Endang. Tu yang Kak Sue tulis Mee Ayam Endang kat sini. Selalu kalau Kak Sue order Mee Ayam Kak Sue suka minta sayur lebih, sebab suka makan sayur kan. Nasib lah Endang faham dan tak kisah..

Korang yang mana tinggal berdekatan dengan Bandar Tasik Puteri Rawang atau yang berdekatan meh lah singgah gerai Endang nie tau. Semua makanan yang ada kat sini sedap-sedap belaka, gerai pun bersih terjaga. Jemput singgah ya nanti, papai!

22 comments

  1. tak boleh la tgk makanan malam2 buta macam ni... lapaq..haha

    ReplyDelete
  2. Sedapnya...ni lebih kurang sup ya Kak Sue....seronok kalau bila kita minta lebih sayur ok je penjualnya...moga murah rezeki tuan kedai...amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.. saya pun suka sayur byk.. hehe

      Delete
  3. Sedapnya kak.Oo nama mee ayam endang sempena nama peniaga tuh...

    ReplyDelete
  4. macam mee soto pun ada rupanya tu kak..

    ReplyDelete
  5. Wahhh....terbaiklah Kak Sue... Nanti singgah sana boleh lah rasa..hehe..

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap..ingatkan resepi ada :(
    Baru nak try buat

    ReplyDelete
  7. sedapnya..laparr terus tengok makanan

    ReplyDelete
  8. alahai menggodanya..mauu juga..tapi jauh pula

    ReplyDelete
  9. Tengok gambar pun nampak sedap. Okay, masuk list JJCM. Nanti boleh try.

    ReplyDelete
  10. tak pernah makan mee ayam endang ni..macam soto pun ada jugak eh

    ReplyDelete
  11. sedapnya nmpk sis....teringinnya !

    ReplyDelete
  12. owh endang tu nama owner kedai rupanya
    hehehe

    ReplyDelete
  13. Nak try lah nanti kalau ada rezeki ke sana. Nampak sedap tu kak.

    ReplyDelete
  14. Wah no first time saya dengar Nama dia ni.. masakan Indonesia rupanya bolehlah cari nanti

    ReplyDelete
  15. First time dengar nama endang ni. :D

    ReplyDelete
  16. Wah.. tengok gambar pun dah nampak sedap ni

    ReplyDelete
  17. Aduh, ni yang buat kita jadi lapar ni

    ReplyDelete
  18. Ingatkan kenapa nama dia mee ayam endang.. rupanya endang tu nama tuan kedai..

    ReplyDelete
  19. makan dengan kicap cili tu mesti lagi sedp!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.