Kelas PhotoFon Suhana Supian - Shuhaida Kabdy

Thursday, February 15, 2018

Kelas PhotoFon Suhana Supian

Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue memang suka dan minat ambik gambar. Selalunya Kak Sue main bantai ja ambil gambar, tak ada guna teknik tertentu pun. Nasib ada kenal kawan yang pandai teknik ambil dan edit gambar. Tu yang Kak Sue nak ajak korang join Kelas Photofon Suhana Supian, sebab Kak Sue pun ingat nak join juga nanti. Sebenarnya dah lama dah nak join kelas photofon Suhana Supian nie, tapi belum ada kelapangan lagi, tapi jangan risau sebab Sue ada buat kelas secara online juga sekarang nie tau. Pada yang tak boleh datang ke kelas, boleh ja join online kelas..

Kelas Photofon Suhana Supian
Kelas Photofon Suhana Supian

Jom Join Kelas Photofon Suhana Supian

Sebenarnya Kak Sue kenal Suhana nie dah lama, masa zaman gila main Farmville lagi, hehehe.. Masa tu macam Kak Sue cakap tadi, ambil gambar main bantai ja. Janji siap sudah, cuma semenjak dua menjak nie dan aktif semula berblog baru lah Kak Sue agak cerewet sikit bila nak ambil gambar. Kalau ambil gambar memang ambik masa yang lama, kadang naik letih nak gambar yang betul-betul puashati walaupun kadang masih rasa tak puashati.. Ehehe..

Kelas Photofon Suhana Supian
Kelas Photofon Suhana Supian - Gambar kredit to Suhana Supian
Gambar yang Kak Sue ambil kebanyakan gambar makanan, tapi ada ja ambil gambar selain dari tu juga. Kadang tu mana yang menarik pada mata, Kak Sue ambil ja buat koleksi dan nanti Kak Sue akan edit guna aplikasi Snapseed. Kalau korang ada baca entri photofon Kak Sue sebelum nie Kak Sue ada kongsikan cara-cara basic nak edit gambar guna snapseed. Bila guna snapseed gambar nampak lebih menarik lah sikit, cuma masih belum betul lagi teknik Kak Sue.. Tu yang nak kena belajar lagi tu..
Kelas Photofon Suhana Supian
Kelas Photofon Suhana Supian - Gambar Kredit to Suhana Supian
Korang yang sama minat dengan Kak Sue boleh la join kelas photofon Sue nie tau. Yuran pun sangat berbaloi, rasanya tak dapat kat tempat lain. Nak personal kelas pun boleh, nak ramai-ramai atau online kelas pun boleh. Nanti Sue akan ajar langkah-langkah cara ambil gambar, posisi dan edit gambar. Pada yang berminat nak mencuba korang boleh pm Sue di facebook Suhana Supian ya. Korang boleh juga nak intai-intai dulu album photofon kat facebook Sue tu, semua cantik-cantik tau. Kak Sue yakin korang mesti puashati. Tak rugi pun kita belajar ilmu baru, kan? Jumpa lagi nanti, papai!


9 comments:

  1. Menarik.. boleh belajar teknik amk gambo hy gune hp erk. Best ni kak sue

    ReplyDelete
  2. Menarik kak. Ana nak join juga lah nanti.

    ReplyDelete
  3. Wow menarik ada masa boleh follow juga ni

    ReplyDelete
  4. Bagus ikuti kelas mcm ni. Tambah ilmu kan

    ReplyDelete
  5. Wah, menarik. Teringin lah nak join. Sebab tak berapa pandai jugak bab2 ambil gambar ni.

    ReplyDelete
  6. bagus2
    boleh belajar banyak benda nih :)

    ReplyDelete
  7. Berapa yuran untuk kelas online Kak Sue?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti Auni pm kat facebook Suhana tu, nanti Sue bagi tau berapa harga ya 🙂

      Delete
  8. Memang cantik cantik gambar dia kak..jom belajar

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.