Jom Masak Dengan AMC - Shuhaida Kabdy

Monday, February 5, 2018

Jom Masak Dengan AMC

Assalamualaikum, hai semua! Untuk korang yang suka masak dan cuba resepi, Kak Sue nak ajak korang Jom Masak Dengan AMC. Macam yang Kak Sue pernah janji kat facebook hari tu, nak kongsikan dengan korang cerita Jom masak dengan AMC, cara memasak mudah, cepat dan sihat. Nanti Kak Sue kongsikan juga beberapa resepi yang mudah kat sini untuk kita sama-sama cuba ya..

Jom Masak Dengan AMC
Jom Masak Dengan AMC

Masak-Masak Dengan AMC

Macam yang pernah Kak Sue kongsikan kat sini juga sebelum nie masak-masak dengan AMC nie lebih kurang macam kita guna periuk tekanan yang lain. Cuma periuk AMC nie menggunakan dapur, periuk dan alat khas yang menggunakan bluetooh yang dinamakan auditerm. Alat nie sebagai penunjuk suhu dan akan berbunyi bip bila makanan kita siap dimasak. Periuk pula ada berbagai jenis saiz dan kegunaan

Jom Masak Dengan AMC
Jom Masak Dengan AMC
Cara memasak dengan AMC nie juga ada 'cooking system' yang memudahkan kerja memasak mudah, cepat dan sihat. Dengan cara nie, kita dapat jimatkan masa kita di dapur atau sambil buat kerja lain pun boleh. Dah set kan masa semua, korang boleh tinggalkan dulu lepas tu boleh lah nak sambil kemas dapur, sidai kain atau kerja lain.. Ha, senang kerja kita kan, tak ada lah nak menunggu ja kat dapur..

Jom Masak Dengan AMC
Jom Masak Dengan AMC
Untuk info korang juga, produk AMC nie menjual berbagai pilihan produk memasak yang dikeluarkan dan diimport dari Jerman. Antara cooking system terbaik di dunia dan pernah memenangi beberapa anugerah. Haa.. menarik kan. Kerja kita jadi mudah, cepat dan memasak dengan lebih sihat untuk keluarga tersayang. Korang yang berminat nak tau lebih detail boleh la singgah di website AMC amc2u.amcmsia.com nanti ya..




11 comments:

  1. Bila ada tetamu terutamanya kan kak Sue...perkakas dapur yang beginilah sangat2 diperlukan...nak cepat dan jimat masa..

    ReplyDelete
  2. Amboi..canggih nyer dapur kak su...nak mintak masakkan Laksa Batu Kurau la...boleh tak?

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya kak sue. Patutlah Kak sue rajin masak

    ReplyDelete
  4. Menarik. Boleh hadiahkan dekat mama ni nanti ^^

    ReplyDelete
  5. Betul tuh... LeYa pun dah cuba.. Memang mudah, cepat dan makanan pun segar... Memang best

    ReplyDelete
  6. Menarik sgt periuk AMC ni ye kak. Siap ada cooking system lg. Memudahkan kerja2 memasak.

    ReplyDelete
  7. Kak Sue sharelah resepi masakan guna periuk AMC tak sabar nak try juga

    ReplyDelete
  8. macam macam skarang ya.. semua boleh tolong kita sediakan makanan dengan cepat =D

    ReplyDelete
  9. bestnya kak...tunggu daim tak tak bf insyaallah aktif balik ddk dapur

    ReplyDelete
  10. Amnoi terlwbih canggih nau nau. .set time leoas tuh tinggalkan aje.boleh buat kerja lain..bagus sangat periuk nih..lagi mudahkan kerja kan...yela kita bukan kerja memasak je kan banyak lagi kerja lain kena buat...bagyslah ada periuk mcm ni.kerja memasak jadi mudah

    ReplyDelete
  11. oooo.. best tu masak takyah tunggu. .kak sue.. buatlah video mcmana nak guna..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.