Deko Rumah Bersama Kaison

Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi pasal rumah pula. Mesti ada antara korang yang singgah blog Kak Sue nie minat dan suka hias rumah kan. Tu yang Kak Sue nak kongsi pengalaman Kak Sue Deko Rumah Bersama Kaison. Mesti korang tau dan pernah ke sini kan, kalau ke sini Kak Sue memang rambang mata sekejap. Memang akan ambil masa yang lama membelek dari satu tempat ke satu tempat. Memang banyak pilihan kat sini tau, sebab tu Kak Sue memang teruja deko rumah bersama Kaison nie..

Deko Rumah Bersama Kaison
Deko Rumah Bersama Kaison

Deko Rumah Bersama Kaison

Apa yang menarik deko rumah bersama Kaison nie kan, boleh dikatakan hampir semua pilihan deko rumah ada disini. Dari langsir, kusyen, cadar, barang hiasan dan macam-macam lagi. Paling hot kat sini adalah wallpapernya. Rata-rata yang datang mesti nak cari wallpaper sebab banyak pilihan dan harga pun sangat berpatutan. Kak Sue kalau ke sini walau tak beli wallpaper tetap akan datang cuci mata nak tengok ada tak design baru..

Deko Rumah Bersama Kaison
Deko Rumah Bersama Kaison
Kak Sue mula kenal Kaison beberapa tahun lepas. Memula Kak Sue deko ruang tamu dengan wallpaper corak bunga kecil ala Inggeris. Bilik Kak Sue dan anak-anak pun Kak Sue deko wallpaper. Nampak menarik dan ceria sikit kan bilik kita, tempat kita tidur dan berehat. Haruslah kena cantik dan kemas sentiasa. Deko pun masih kekal lagi macam tu, ingat nak tukar tahun nie..

Deko Rumah Bersama Kaison
Deko Rumah Bersama Kaison
Tahun lepas Kak Sue tukar wallpaper baru kat ruang tamu, jemu dengan corak yang sama. Lepas tu Kak Sue pelan-pelan deko bahagian dapur juga. Surirumah macam Kak Sue nie, nak kena ubah cara deko kat rumah sebab tak nak jemu dengan suasana yang sama ja kan. Kak Sue ada juga beli barang deko yang lain dari Kaison nak menambah menarikkan lagi suasana..

Deko Rumah Bersama Kaison
Deko Rumah Bersama Kaison
Korang yang nak deko rumah, boleh la singgah ke Kaison tau. Kak Sue jamin korang puashati sebab kat sana memang banyak pilihan untuk deko rumah. Harga pun sangat berpatutan. Sekarang nie Kak Sue tak payah susah-susah lagi nak ke PJ, sebab di Melawati Mall pun dah ada Kaison. Memang kerap juga sekarang Kak Sue ke sana, selain cari bahan deko rumah, kadang tu cari props untuk ambil gambar. Banyak pilihan kat sini tau. Sekian dulu entri deko rumah kali nie, jumpa lagi next entri, papai!

Baca juga di Deko-Deko Lagi


12 comments

  1. Cantik deko dapur kak sue tu

    ReplyDelete
  2. Cantik kak sue..sy dapur warna pink

    ReplyDelete
  3. Cantiklaa. Kreatif sangatt. Bole deko sendiri save bajet.

    ReplyDelete
  4. Cantik sgt kak sue. Teringin nk deko juga tp tak kreatif.

    ReplyDelete
  5. Cantik dapur akak, saya masuk Kaison mereng skejap semua nak ambil tapi tak buat-buat jugak hahahha

    ReplyDelete
  6. Terbaik kak sue..saya pun suka jugak lepak2 kt kaison..tpi kaison yg paling dekat dgn saya pun yg ipoh..kat penang blum ada lgi..btw kita pun suka deco2 ni

    ReplyDelete
  7. jarang jejak Kaison sebab jauh dengan rumah. Yang ada pun Mr. DIY. Anyway, comel dapur Kak Sue dengan barang2 Kaison :D

    ReplyDelete
  8. Cantiknya dapur uols. Kalau p kaison boleh gila tgk barang2 dia kan.

    ReplyDelete
  9. Memang cantik... LeYa pun suka singgah Kaison ni..

    ReplyDelete
  10. Rajin Kak Sue mendeco-deco yea

    ReplyDelete
  11. Cantiknya pandai kak sue menghadapi. Bolehlah menuntut nanti

    ReplyDelete
  12. kak sue.. meh dtg sini dekokan rumah saya.. huhu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.