Aktiviti Hujung Minggu Adik

Assalamualaikum, hai semua! Sekarang nie kan aktiviti hujung minggu Adik terisi dengan latihan bola sepak. Sebelum nie memang Adik nak sangat join group bolasepak Green Valley nie, tapi disebabkan tak kena dengan masa Abang Man tak izinkan. Bukan apa, takut terganggu kelas pengajian Adik di tahfiz kan. Alhamdullilah, jadual baru Adik sekarang nie ada kelonggaran masa untuk aktiviti hujung minggu Adik..

Aktiviti Hujung Minggu Adik
Aktiviti Hujung Minggu Adik

Aktiviti Hujung Minggu Adik

Selalunya aktiviti hujung minggu Adik, sebelah pagi. Aktiviti nie diadakan di padang bolasepak blok 27, tak jauh pun dari blok rumah kami. Semua pemain atau pelatih diwajibkan memakai jersi kelab dan kena hadir latihan setiap hujung minggu. Cuma Adik dapat pelepasan kalau Adik ada kelas, sebab dah bagi tau kat jurulatih Adik bersekolah aliran tahfiz

Kawasan taman perumahan Kak Sue nie, kalau tak silap lah ada beberapa team bola sepak. Adik join team Green Valley Football Academy. Sebelum nie kalau korang masih ingat Abang pernah wakil team Abang main bola kat area Gombak, tapi sebab masa tu Abang Man dan Kak Sue hantar Abang dan Adik ke sekolah tahfiz di Batu Kurau Perak minat Abang terhenti kat situ. Tak apa lah kan, ada lah hikmah yang Allah dah susun untuk kita kan.. Nie Abang dah mula balik join kelab bolaksepak baru..

Aktiviti Hujung Minggu Adik
Aktiviti Hujung Minggu Adik
Berbalik pada cerita aktiviti hujung minggu Adik, rasanya dah beberapa minggu Adik tak dapat nak hadirkan diri ke latihan. Sekarang nie Adik kerap mengadu keletihan, ya lah bukan senang tau nak menghafal. Banyak gunakan kekuatan minda tau, lepas tu sebelah petang ustaz izinkan anak-anak beridah kat padang dekat dengan madrasah Adik. Tu agaknya yang letih tu kan, tambah bila juzuk semakin bertambah nie, banyak ujiannya.. Sapa yang anak bersekolah di tahfiz akan paham situasi nie..

Kak Sue harap dengan adanya aktiviti hujung minggu Adik nie, dapat juga Adik hilangkan stress. Bukan lah maksud Kak Sue sekolah tahfiz buat Adik stress, sekolah mana-mana pun sama ja. Lagipun bersekolah di tahfiz nie pun permintaan Adik sendiri, tak ada paksaan pun. Cuma kalau pelajar tahfiz nie kadang ujiannya lebih besar. Apapun Kak Sue doakan semoga Adik dan semua team bola sepak Green Valley terus maju.. Sekian dulu kali nie, jumpa lagi nanti.. papai!

Post a Comment

11 Comments

  1. bagus ada aktiviti sehat isi masa lapang =D

    ReplyDelete
  2. study2 juga kn..riadah pn perlu bole ilangkan stress cuma kdg2 pasti penat tu

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah adik boleh...duniawi ukhrawi...amin...

    ReplyDelete
  4. Wah, adik dah pandai main bola ya?. Gudluck dik.

    ReplyDelete
  5. Memang bagus ada aktiviti mingguan yang boleh cerdaskan minda dan cergaskan badan ni. Baru cepat tangkap kalau nak belajar pun.

    ReplyDelete
  6. Kesian tgk budak budak skrg kan kak...letih dorg..tp xpe utk kbaikan diorang jugak

    ReplyDelete
  7. Bagus ada aktiviti hujung minggu taklah ank ank boring tak tahu nak buat apa nantikan...

    ReplyDelete
  8. Bagus ada aktiviti yang sihat. Tak buang masa. Badan pon sihatt.

    ReplyDelete
  9. Ooo.. minat main Bola sepak ye. Semoga terus maju dalam.sukan ni. Hati pun gembita

    ReplyDelete
  10. Semoga dengan bersukan dpt mengurangkan tekanan adik ye kak.

    ReplyDelete
  11. anak saya pun suka main bola kak tp buat masa ni suka2 je la.. semoga adik terus maju ya.. mana tau satu masa boleh main utk negeri atau negara..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️