Set Hadiah Wangian Terbaru Enchanteur Paris - Shuhaida Kabdy

Tuesday, January 30, 2018

Set Hadiah Wangian Terbaru Enchanteur Paris

Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsikan dengan korang Set Hadiah Wangian Terbaru Enchanteur Paris yang sesuai kalau korang nak jadikan hadiah untuk keluarga dan kawan korang. Biasanya kita hadiahkan jambangan bunga, coklat dan kad hadiah yang tak bertahan lama kan tapi dengan set hadiah wangian terbaru Enchanteur Paris nie adalah salah satu hadiah yang menarik dan ideal untuk dihadiahkan pada yang teristimewa..
Set Hadiah Wangian Terbaru Enchanteur Paris
Set Hadiah Wangian Terbaru Enchanteur Paris

Set Hadiah Wangian Terbaru Enchanteur Paris

Set Hadiah Wangian Terbaru Enchanteur Paris nie mengandungi intipati wangian kuntuman bunga semerbak dan juga gabungan simbolik keintiman dan kemewahan. Set hadiah nie memang sesuai untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulangtahun kerana rekaan pembungkusannya yang cantik, eksklusif dan lengkap dengan rejim penjagaan diri sebab mengandungi wangian EDT dan juga losyen badan. Sekarang jom Kak Sue nak kongsikan dengan korang 5 set hadiah wangian terbaru dari Enchanteur yang direka cantik dan ekskusif sesuai untuk semua acara dan majlis. Jom kita tengok jom..

Set Hadiah Wangian Terbaru Enchanteur Paris
Set Hadiah Wangian Terbaru Enchanteur Paris

5 Set Hadiah Wangian Terbaru Enchanteur Paris

1. Set Hadiah EDT Mini Enchanteur Paris (Belle Amour & Mon Amie)
Mon Amie bermaksud "sahabatku" memberikan aroma yang tenang dengan penuh kesegaran apabila berada diluar. Untuk Belle Amour pula bermaksud "Keindahan Cinta" wangian yang didambakan dari gadis impian.

Kedua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan cinta yang mekar direka khas dengan bahan-bahan unik yang dapat melahirkan mood keseromokan pada siang hari dan pengalaman suasana temu janji yang indah pada malam hari

2. Set Hadiah EDT Mini Echanteur Paris (Mon Amie & Adore)
Set hadiah ini digubah khas untuk terasa istimewa dan berkeyakinan

Set ini direka dalam bentuk botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben Echanteur Paris yang tersendiri - seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben. Kedua set ini di datangkan dalm kotak Menara Eiffel yang cantik dan boleh didapati secara eksklusif di Watsons sahaja

Set Hadiah Wangian Terbaru Enchanteur Paris
Set Hadiah Wangian Terbaru Enchanteur Paris
3. Set Hadiah Mini Echanteur Paris Mon Amie
Set ini mengandungi sebotl wangian EDT bersaiz 15ml dan losyen badan dan tangan Light & Fresh bersaiz 100ml. Losyen nie diperkayakan dengan lidah buaya, portulaca, estrak liquorice dan ejen pelindungan matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV

Diformulasi agar bertekstur ringan dan tak berminyak yang membolehkan pemakai melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa serta berbau harum sepanjang hari. Set ini digubah dalam kotak berwarna ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Gurdian seluruh negara

4. Set Hadiah Mini Enchanteur (Mon Amie & Charming)
Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu dan berkonsepkan siang dan malam. Set ini juga melengkapi gaya hidup pemakai yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza

Pada siang hari Mon Amie mempunyai persona individu yang periang dan mudah didekati. Manakala pada waktu malam wangian Charming dengan haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama / pasaraya di seluruh negara juga Lazada

Set Hadiah Wangian Terbaru Enchanteur Paris
Set Hadiah Wangian Terbaru Enchanteur Paris
5. Set Hadiah Mini Enchanteur (Belle Amour & Romantic)
Diilhamkan dari personaliti romantis pemakai, ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu yang terdiri daripada wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu

Kedua-dua wangian ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga. Wangian ini pasti mempersona dengan keanggunan dan kecantikan pemakai. Set ini dijual di kedai runcit/pasaraya  utama di seleruh negara dan juga LAZADA

Set Hadiah Wangian Terbaru Enchanteur Paris
Set Hadiah Wangian Terbaru Enchanteur Paris

Harga Set Hadiah Wangian Terbaru Enchanteur Paris

Bagi yang berminat nak beli atau nak jadikan hadiah, korang boleh tengok kat bawah nie ya

1. ENCHANTEUR Paris Miniature EDT Gift Set - RM34.90 (SM & SS)

2. ENCHANTEUR Paris Mon Amie Gift Set - RM23.50 (SM & SS)

3. ENCHANTEUR Miniature EDT Gift Set - RM34.90 (SM & SS)

7 comments:

  1. lama dah enchanteur ni...bertahan lama sbb baunya sgt sedap..Liez pun ada koleksinya

    ReplyDelete
  2. wangiiii...cantik set hadiah ni..sesuai dijadikan utk hadiah...nk bw pn senang

    ReplyDelete
  3. Best ada gift set mmpu milik mcm ni

    ReplyDelete
  4. Sweet packaging perfume ni. Memang sesuai nk dijadikan hadiah. Bau perfume dia wangi2 pulak tu.

    ReplyDelete
  5. Memang sesuai dijadikan hadiah... sangat comel sekali!

    ReplyDelete
  6. saya dah usha jugak aritu kak.. macam nak yang pink tu je. . hihi

    ReplyDelete
  7. Wah, cantik lah design gift set macam ni.harga pun mampu milik tu.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.