Serimuka Durian Sedap di BTP

Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue rasa ramai antara korang nie suka makan serimuka durian kan. Kat rumah Kak Sue nie kalau kuih muih tradisonal memang anak-anak kurang nak makan., tengok juga jenis kuih nya, Beberapa hari lepas rasa teringin pula nak makan kuih serimuka durian sedap di BTP nie. Kak Sue order aja dari kawan satu taman dengan kawasan perumahan Kak Sue nie. Dah banyak kali juga sebenarnya order dengan kawan nie, siap hantar depan pintu lagi tau. Memang puashati..

Serimuka Durian Sedap di BTP
Serimuka Durian Sedap di BTP

Serimuka Durian Sedap di BTP

Sebelum nie Kak Sue rasanya belum pernah order dari mana-mana peniaga yang buat kuih serimuka durian nie. Kira pertama kali order dengan kawan Kak Sue nie lah, Azrina Fizi terus melekat sampai hari nie. Rasanya serimuka durian paling sedap di BTP nie dari air tangan Rina lah. Semua cukup dan terasa duriannya tau. Memang puas makan, harga pun sangat berpatutan..

Selain menjual dan menerima tempahan kuih muih tradisional nie, Rina juga ada buat tempahan kek. Pilihan kek Rina pun menarik, macam-macam jenis kek ada. Kak Sue pernah order Kek Cheese dan Kek Durian kat Rina, macam biasa air tangan Rina memang tak pernah mengecewakan. Korang kalau nak rasa atau nak tempah kek boleh lah cari Rina di facebook beliau Azrina Fizi ya. Rasanya Rina ada juga buat penghantaran ke area Kuala Lumpur sebab pejabat Rina kat sana. Kak Sue yakin sekali dah rasa, mesti nak lagi.. Selamat mencuba korang, papai!

9 comments

  1. Sedapnya kak sue seri muka durian. Kalau pandai buat confirm sedap kak. Xcukup sedulang sehari.

    ReplyDelete
  2. amy bkn pencinta durian tp kalo serimuka durian ni pernh mkn ...sedap..ms tu order ..bila smp opis semerbak bau durian

    ReplyDelete
  3. Alahai cair tgk. Confirm sedap ni

    ReplyDelete
  4. Alah, kita tak makan durian lah awak.

    ReplyDelete
  5. sedap nampak nyer nih.
    kakak aida da blaja buat nih. ari tu dia buat, puas kami makan...
    dpt plak durian yg marbeles. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. Wahhh...sedapnya kuih serimuka durian.. Lama juga tak menikmatinya.
    Adeh...pagi2 kak sue dah mengimbau kenangan LeYa untuk mencari serimuka durian ni.. hehe..

    ReplyDelete
  7. Sedap ye kak? Sy biasa mkn yg seri muka hijau tu je. .Xpernah lg makan yg nih

    ReplyDelete
  8. serimuka saya suka.. serimuka durian belum pernah jumpa.. nampak sedap je tu kak

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.