Sanah Helwah Mak Tersayang

Assalamualaikum, hai semua! Hari nie harijadi Mak Kak Sue, Sanah Helwah Mak Tersayang.  Alhamdullilah, masih dipanjangkan umur dan masih sihat. Cuma kadang-kadang tu biasa lah kan bila umur dah banyak nie, badan dah tak kuat tapi semangat Mak yang sentiasa kuat. Masih macam dulu, rajin masak makan untuk anak cucu, ada aja kerja yang nak dibuat tak boleh duduk diam. Kadng bila Kak Sue telefon Mak tu tak berangkat, rupanya kadang kat belakang rumah tengok pokok yang Mak tanam lah, itik lah, ayam lah. Apapun Orang doakan Mak sentiasa sihat tau, kena jaga kesihatan juga ya Mak. Jangan dok lasak-lasak sangat..

Sanah Helwah Mak Tersayang
Sanah Helwah Mak Tersayang

Sanah Helwah Untuk Mak Tersayang

Kak Sue cuma dapat ucapkan Sanah Helwah untuk Mak tersayang dari jauh aja lah. Nak balik sambut dengan adik-beradik yang lain tak dapat. Ya lah, anak-anak sekolah kan. Nanti lah bila cuti-cuti nanti boleh lah bawa Mak keluar makan dan belikan Mak hadiah. Mak tak kisah pun, tapi sesekali kita berbelanja dan gembirakan hati Mak kita apa salahnya kan.. Mak Kak Sue sebenarnya susah juga nak makan kat luar, lebih suka masak sendiri. Kadang bila dah berkumpul ramai-ramai adik beradik, Mak ikutkan aja lah..

Sebelum nie kan, beberapa hari lepas Kak Sue boleh tersalah buat ucapan harijadi Mak, hadoi la! Selalu macam tu tau, keliru tarikh harijadi Mak. Nasib tak call Mak wish birtday beria lagi hari tu, kalau tak nampak sangat tak ambik berat tarikh hari jadi Mak. Sorry tau Mak, tengok kat facebook Mak memang betul tarikh tu, sekali salah lah pulak. Nampaknya nak kena betulkan balik nanti.. huhuhu..

Sempena harijadi Mak nie, Orang nak ucapkan terima kasih sebab Mak lahirkan, didik dan sabar dengan kerenah Orang dari kecik sampai lah dah tua nie. Orang doakan semoga Mak sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah, diberi kesihatan yang baik, umur yang bermafaat, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan Mak dunia dan akhirat.. aamiin ya rabb.. Orang sayang Mak sangat-sangat. Nanti kita pergi makan-makan dan orang belikan Mak hadiah tau.. lebiu Mak..


Post a Comment

12 Comments

  1. Semoga Allah memanjangkan usia Mak dan juga merahmatinya

    ReplyDelete
  2. Happy birthday makcik, moga panjang umr dan di murahkan rezeki

    ReplyDelete
  3. Happy birthday mak kak sue.

    ReplyDelete
  4. Semoga sihat selalu kak sue dan mak 🌸

    ReplyDelete
  5. Sanah helwah buat mak akak. Semoga sentiasa sihat dan berbahagia hendaknya.

    ReplyDelete
  6. Sanah helwah makcik semoga panjang Umur Dan murah rezeki. Saya Cari 2 Kali mana satu make kak sue.. ingatkan kakak tadi. Awet muda laa

    ReplyDelete
  7. semoga panjang umur dan murah rezeki..serta diberikan kesihatan yang baik untuk Mak tu.. :)

    ReplyDelete
  8. Sanah helwah untuk bonda Kak Sue..alhamdulillah..moga kesihatan yang Allah SWT pinjamkan dinikmati sebaik-baiknya..terus sihat.Didekatkan dan diluaskan rezeki..amin...

    ReplyDelete
  9. Semoga mak kak sue diverikan kesihatan yang sihat walafiat dan dipanjangkan umur

    ReplyDelete
  10. happy belated birthday utk mak kaksue..smoga sihat selalu di samping family tercinta

    ReplyDelete
  11. Happy belated birthday buat mak kak sue

    ReplyDelete
  12. selamat hari lahir makcik. semoga diberkati Allah hendaknya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️