Sambutan Hari Jadi Mbah Lanang - Shuhaida Kabdy

Saturday, January 27, 2018

Sambutan Hari Jadi Mbah Lanang

Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Sambutan Hari Jadi Mbah Lanang agak meriah dengan anak cucu sebab semua ada. Kecuali Abang Luqman dan Abang Sukor tak dapat hadir sebab ada kerja dan komitmen masing-masing. Kali nie pun macam biasa Kak Jam dan Adik Nurul ipar Kak Sue yang plan buat makan-makan di kedai seafood di Pekan Langkap, khas untuk sambutan hari jadi Mbah Lanang. Senang sikit sebab esoknya kami semua dah nak balik sebab tak ada cuti panjang, jadi senang buat kat kedai semua dah disediakan..

Sambutan Hari Jadi Mbah Lanang
Sambutan Hari Jadi Mbah Lanang

Sambutan Hari Jadi Mbah Lanang

Semua hal berkaitan dengan majlis sambutan hari jadi Mbah Lanang, Acik Nurul yang uruskan dengan pemilik kedai seafood sebab Kak Jam dan Abang Man duduk jauh kan. Kalau nak berbincang pasal sambutan hari jadi Mbah Lanang nie pun melalui whatsapp aja lah.

Bab makan apa jenis lauk dan berapa hidangan, kek dan tempat semua Acik Nurul settelkan. Kami semua tinggal datang makan dan memeriahkan aja, ehehe.. Terima kasih Acik Nurul, seronok dapat berkumpul ramai-ramai macam nie, meriah dengan kerenah masing-masing. Selalu sibuk dengan urusan kerja kan, dapat kumpul dengan keluarga macam nie memang meriah..

Sambutan Hari Jadi Mbah Lanang
Sambutan Hari Jadi Mbah Lanang
Lagi satu kan, mesti ada yang tertanya-tanya kan Mbah Lanang tu apa? Kalau orang jawa atau menantu orang jawa mesti tau punya.. ehehe.. Mbah Lanang nie maksudnya Atok lelaki atau Tokwan. Mbah tu untuk atok atau nenek, lanang tu untuk lelaki. Anak-anak Kak Sue panggil bapak Abang Man dengan panggilan Mbah Lanang la jadinya.. paham dah kan.. ?

Apapun dikesempatan ini Kak Sue nak ucapkan selamat hari jadi Bapak, semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah, diberi kesihatan yang baik, umur yang bermanfaat, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia,akhirat.. aamiin ya rabb.. 

9 comments:

  1. Selamat ulangtahun kelahiran bapak....moga sentiasa diberkati dunia akhirat....ingat arwah atok PC...ayah mama PC...semua anak-anaknya panggil bapak...cucunya semua pun panggil bapak...bila ikut pegi kedai orang kedai tanya..wak dah tua ada anak kecik lagi....bapak cakap bukanlah ni cucu akulah..panggil aku bapak...kikikikikiki....😅

    ReplyDelete
  2. Meriahnya kak sue. Seronok dpt berkumpul ramai2. Sanah helwah buat mbah nya. Semoga terus sihat dan gembira.

    ReplyDelete
  3. Ooo baru nak tny Mbah Lanang tu ape.. Nasib baik kak sue dah terangkan.. Fhm la sy

    ReplyDelete
  4. Sanah helwah mbah lanang. Meriah nampaknya tu

    ReplyDelete
  5. seronok bila ank cucu smua ada meraikan harijadi Mbah Lanang

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah nampak Sihat Mbah Lanang tu ha..seronok dia dikelilingi dengan kasih sayang kan

    ReplyDelete
  7. moga mbah lanang sihat, panjang umur dan ceria selalu ye.

    ReplyDelete
  8. happy belated birthday sis :)

    ReplyDelete
  9. selamat hari lahir mbah lanang.. kak sue.. pandai cakap jawa tak?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.