Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati - Shuhaida Kabdy

Saturday, January 13, 2018

Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati

Assalamualaikum, hai semua! Cuti hujung minggu macam nie kadang malas nak masak kan, rasa nak rehat dan makan kat luar bersama keluarga. Kadang sampai habis dah idea nak masak apa, bila cuti hujung minggu macam nie apa salahnya sesekali kita makan kat luar kan. Jom lah Kak Sue nak kongsikan dengan korang satu tempat makan yang Kak Sue pergi masa cuti sekolah hari tu. Untuk korang yang memang peminat makanan barat, boleh lah korang cuba ke Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati. Sebenarnya Kak Jam, kakak Abang Man yang pelawa kami lunch kat sini hari tu, katanya makanan kat sini sedap dan portion pun agak banyak. Kami plan lepas makan di Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati nie nak pergi cari barang sekolah Adik dan Abang terus. Dah alang-alang keluar kan, sekali kita settelkan apa yang patut..

Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati

Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati

Kami sampai di Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse yang terletak di Taman Melawati  agak lewat juga hari tu. Dah keluar lewat dari rumah ditambahkan lagi dengan hujan dan jem, ambik paham aja lah kan macam mana punya lewat. Nasib Kak Jam dan Along pun belum sampai lagi kat situ, kalau tak kesian juga depa nak tunggu lama. Kata Kak Jam, tak apa lah kalau tak sempat lunch kita order aja makanan yang lain nanti. Rupanya restoran nie dekat juga dengan Melawati Mall tau korang, betul-betul tepi jalan dan senang ja nak cari. Parking pun senang, samada nak parking depan restoran tepi-tepi jalan atau parking seberang jalan sana pun ada. Memang tak payah risau bab parking

Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Bila Kak Sue masuk aja ke dalam restoran rasa macam wah, nampak mewah restoran nie deko pun simple aja tapi cantik. Sebelah kanan pintu masuk ada dapur ala tardisonal untuk masak pizza, memang menarik. Tak payah tunggu lama lepas kami duduk staff terus datang ambik order. Minuman Abang Man pesan Teh O panas, depa serve dalam teko tau, jadi boleh tambah sendiri gula nak macam mana. Adik nak air kosong, mana-mana nak air kosong tau Adik nie. Abang Tihie Lemonade Haus Boom dan selebihnya Kak Sue, Kakak, Kak Jam dan Along order Ice Lemon Tea..

Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Untuk makanan pula, Kak Sue, Abang, Adik dan Along order Chicken Chop Set, Kakak order Lamb Chops dan Kak Jam order Chicken Burger Set. Disebabkan kata portion banyak Abang Man kata nak kongsi dengan Adik, takut tak habis pula nanti kan, sambil tengok menu kut ada yang berkenan kat hati. Makanan pun tak ambil masa yang lama, sekejap dah siap. Kak Sue tak pasti lah kan memang cepat servisnya atau hari tu memang tak ramai sangat pelanggan kan. Apapun jom kita layan gambar dulu..

Chicken Chop - RM30.00++
Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Lamb Chop RM50.00++
Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Chicken Burger RM26.00++ (tak ada dalam gambar, sorry.. ehehe)
Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Bagi Kak Sue servis kat sini memang cepat dan mesra. Makanan memang sedap dan portion banyak. Harga pun sangat berbaloi dengan hidangan. Air minuman siap boleh refill tau kat sini korang, boleh minum sampai kembung, ehehe! Kemudahan yang disediakan kat sini selain tandas, ada surau kat dalam restoran tau, jadi korang tak payah risau nak cari surau atau nak kena keluar dari restoran. Nama pun restoran Islamik kan! Lagi satu ada satu bilik nie khas untuk majlis tertutup, tak kira majlis apa pun boleh tempah kat sini. Bilik pun macam besar juga lah, Kak Sue lupa nak tanya boleh muat berapa orang.

Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Korang yang tercari-cari restoran makanan barat yang sedap dan Islamik boleh la singgah sini nanti, memang recomanded! Terima kasih Kak Jam dan Along ajak makan kat sini, lain kali ajak lagi ya.. hahaha! Macam biasa, Kak Sue kongsikan detail kat bawah nie untuk korang. Selamat mencuba, papai!

Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati

Alamat
Wisma global Globe
No 341, Lorong Sarawak (Block B)
Melawati Urban 1, Pusat Bandar Melawati
53310 Kuala Lumpur

No Tel
03 - 4162 1312

11 comments:

  1. melawati memang banyak restoran western kan Sue,nampak sedap2 tu :)

    ReplyDelete
  2. Serius nampak sedap lamb Chop dia kak. Lalahai lapar pulak ni

    ReplyDelete
  3. Waahhh.... Steakhouse.. Sedapnye... Jom terjah beramai-ramai ke sini. Tq Kak Sue kongsi info mensrik dan hebat ni

    ReplyDelete
  4. Sebut nama restoran pun hati dah rasa terpaut kak Sue.....insyaAllah boleh singgah ni mencuba bila ke KL.

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaa lama tak makan steak!

    ReplyDelete
  6. Sedapnya kak..tgk mknnannya tu.

    ReplyDelete
  7. boleh la ubah selera makan steak pula ni kak sue...in syaa allah nak singgah la nanti

    ReplyDelete
  8. Nama sedap menunya kak Sue

    ReplyDelete
  9. Lama tak makan steak dkt sini. Last masa kerja kt setapak tu. Baca entri akak ni buat ana nak ke sana pula pekena steak sixty9 ni.

    ReplyDelete
  10. Fatin suka makan steak, Bolehlah cuba steak dekat sini...

    ReplyDelete
  11. tau restoran ni tp tk kesempatan singgah lg..sbb melawati mmg dkt je area umh amy

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.