Resepi Sambal Goreng Cara Kak Sue - Shuhaida Kabdy

Wednesday, January 3, 2018

Resepi Sambal Goreng Cara Kak Sue

Assalamualaikum, hai semua! Lama juga Kak Sue tak kongsi resepi kat sini kan, kadang tu masak menu yang sama berulang-ulang. Yang mana Abang Man dan anak-anak suka makan, yang tu lah Kak Sue akan masak ulang-ulang. Kali nie Kak Sue nak kongsikan Resepi Sambal Goreng Cara Kak Sue, wah gitu! Ya lah, masak cara Kak Sue lah kiranya, Kak Sue ada google resepi sebenarnya tapi bahan-bahannya Kak Sue main agak sendiri ja. Pulak tu semalam bahan pun tak cukup, tapi jadilah juga Sambal Goreng Cara Kak Sue tu, kita yang buat dia kan. Jom kita tengok resepinya jom..

Resepi Sambal Goreng Cara Kak Sue
Resepi Sambal Goreng Cara Kak Sue

Resepi Sambal Goreng Cara Kak Sue

Rasanya korang tahu kan, Sambal Goreng nie antara makanan tradisi orang Jawa. Masa memula Kak Sue kahwin dengan Abang Man, macam pelik tengok menu nie tau. Dalam hati, apa yang depa masak nie semua dicampurkan sekali. Sekali bila rasa, sedap lah pula, pantang ada menu nie memang Kak Sue akan ratah gitu ja. Selalunya menu nie antara menu wajib hari raya kat rumah mertua Kak Sue. Makan dengan nasi atau nasi impit, memang sedap. Nak pula kalau buat pedas sikit, lagi terangkat. Kali nie Kak Sue masak sendiri Sambal Goreng cara Kak Sue.. 

Sebenanrnya ada dua tiga bahan yang Kak Sue tak masukkan, macam kentang, suhun dan fucuk. Kalau ada tiga bahan nie lagi sedap. Nak pulak masukkan hati ayam sikit atau perut lembut campurkan dengan petai. Tak ada lauk lain pun tak kisah dah, bertambah makan lagi ada lah.. hahaha! Resepi Kak Sue kat bawah nie tak lengkap tiga bahan tadi, korang kalau suka boleh tambah ya..

Resepi Sambal Goreng

Bahan-bahan :
1 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar (tapi semalam tak letak, habis stok la pulak)
6 biji cili padi - dikisar
2 sudu - cili kering kisar (agak-agak ja sebenarnya)
1 bungkus tempe - dipotong kecil dan goreng
2 biji tauhu - digoreng dan dipotong kecil
1 ikat kacang panjang - dipotong pendek
1 biji carrot - dipotong memanjang
1 biji cili besar merah - dipotong nipis
1/2 kiub Ayam Knor
Sedikit kicap - Kak Sue guna kicap Cap Kipas Udang
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara :
Panaskan minyak, kemudin tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau
Masukkan cili kisar tadi, kacau sehingga cili masak
Kalau nampak kering, masukkan sedikit air
Kemudian masukkan kicap dan kacau, Kak Sue main agak-agak ja
Bila cili tadi dah masak, masukkan carrot dan masak sehingga empuk
Kemudian masukkan kacang panjang dan kiub Ayam Knorr, kacau sebati
Masukkan tempe dan tauhu, gaulkan sekejap
Akhir sekali masukkan cili besar merah tadi dan perasakan dengan garam
Kacau sekejap dan tutup api
Sedia untuk dihidangkan


17 comments:

  1. Wow...lazat ni kak...tak perlu ada lauk lain pun dah ok..

    ReplyDelete
  2. Fav ana sambal goreng ni kak sue. Selalu ratah mcm tu je. Sedapnya.

    ReplyDelete
  3. Hi kak sue.. Sambal goreng jawa memang sedap sangat.. tp Dilah lagi suka sambal goreng yg letak tempe + tahu + kentang yg berkuah santan sikit tu.. tp kalau ada style yg mcm kak sue punya ni pun tetap suka makan jugak.. janji ada tempe.. haha

    ReplyDelete
  4. Resepi yang mengancam.. sedapnya tempe tu..

    ReplyDelete
  5. sedapnya...tapi sayangnya SA x makan tempe plak..kena cuba la kalau macam tu kan kak..

    ReplyDelete
  6. sedapya..lagi2 ada tempe..ni kalau ratah je pun sedap kak..

    ReplyDelete
  7. Fav bapa saya keturunan jawa hehehe. Tiap kali raya..ni antara menu wajib ada. Allahu..teringat kat arwah nenek pulak ! Arwah nenek expert masakan jawa.

    ReplyDelete
  8. sedapnya kakkkkk nasi panas2 kena lak sup ikan perghh hehehh tetiba je hahhaa

    ReplyDelete
  9. Sedapnya kak sue.. Makan dengan nasi panas panas 😍

    ReplyDelete
  10. Sedapnya kak sue, dapat makan dengan nasi panas panas. Ada gabungan lauk pauk yang lain.. Pergh menambah nasi ni 😂

    ReplyDelete
  11. Alamak sedapnye menu ni... kadangkan... Bonde buat ratah jer..lauk tempe macam ni, makan tempekan untuk awet muda he he he

    ReplyDelete
  12. Wahhh....sedapnye.. Lama dah rasanya LeYa tak makan sambal goreng jawa ni. Adeh.. Ni yang terasa nak masak balik keje ni.. Hehe..

    ReplyDelete
  13. Makan gitu pun dah sedap Kan.. semua khasiat Ada dah tu

    ReplyDelete
  14. saya suka sambal goreng walau dimasak dengan apa cara pun

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.