Resepi Ayam Teriyaki Versi MamaPipie

Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsikan Resepi Ayam Teriyaki Versi MamaPipie, yang mudah dan sedap. Lama Kak Sue tak cuba resepi baru, balik-balik masa menu yang sama ja, bila nampak resepi Ayam Teriyaki versi Mamapipie nie kat blog beliau terus rasa nak cuba. Cara dan bahan nak sediakan pun mudah, senang nak cari kat kedai kawasan rumah Kak Sue nie. Musim hujan nie, Abang Man kata malas nak keluar jauh-jauh. Jadi kita beli barang dekat kedai sini aja, jom kita tengok bahan dan cara nak masak jom, senang sangat..

Resepi Ayam Teriyaki Versi MamaPipie
Ayam Teriyaki Versi MamaPipie

Resepi Ayam Teriyaki Versi MamaPipie

Sebelum nie Kak Sue rasa macam pernah tau makan ayam yang rasa sama macam resepi Ayam Teriyaki versi MamaPipie nie. Tu pun dah lama sangat, zaman Kak Sue belum kahwin dan masih bekerja. Ingat-ingat lupa dah, dah nak masuk puluh tahun dah rasanya tapi rasanya macam masih teringat-ingat sebab sedap! Kebetulan anak-anak Kak Sue memang suka makan ayam, apa salahnya kan cuba resepi baru. 

Cuma bahan ada yang Kak Sue tambah-tambah sendiri sikit, sebab Kak Sue nak masak dalam kuantiti yang banyak. Tu pun tadi terlupa nak masukkan garam sebab macam tak nampak dalam resepi kat Blog MamaPipie, rabun ke apa entah nie.. kahkahkah! Kalau korang jenis tak makan masin, tak masuk garam pun okay ja, jangan macam Kak Sue nie kuat masin sebenarnya tau.. tu semua mengundang penyakit kan. Air pun Kak Sue main agak aja sebab nak blender semua bahan yang kat tas tu kan. Lagi satu, kalau korang nak masak dengan kuantiti yang sikit boleh refer ke resepi asal yang Kak Sue letak kat bawah nie tau. Terima kasih resepinya MamaPipie aka Adda, mintak halal resepinya ya..

Ayam Teriyaki Versi MamaPipie


Bahan-bahan :
1 ekor ayam - di potong ikut kesukaan masing-masing ya
1/2 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
4 sudu besar sos tiram
4 sudu kecil kicap soya pekat - Kak Sue guna kicap Cap Kipas Udang
4 sudu besar gula perang
Secubit garam

Cara-cara :
Campurkan semua bahan yang dikisar tadi, gaul sebati dan perap selama 5-10 minit
Kemudian panaskan minyak, goreng ayam tadi dengan api sederhana sehingga perang keemasan. Kalau api kuat sangat takut ayam hangus pula kan, tapi ayam Kak Sue pun macam nak hangus sebab nak bagi garing sikit.. hahaha!
Bila nampak ayam dah masak, angkat dan ketepikan
Kemudian dengan menggunakan kuali yang sama, masukkan lebihan sos dari perapan tadi
Didihkan sos sampai nampak pekat sedikit
Akhir sekali masukkan ayam tadi dan kaup balik dengan sos
Tutup api, sedia untuk dihidangkan




10 comments

  1. Wah banyak akak masak.. memang nampak menyelerakan lah.. resepi asal x letak garam tapi saya letak gak secubit kak

    ReplyDelete
  2. Nampak sedpa tu kak Sue. Nak nak resepi mudah boleh try ni

    ReplyDelete
  3. Sedapnya!! Dah save resepi! TQ kak sharing :)

    ReplyDelete
  4. Wah, nampak sedap lah. Blh try ni.

    ReplyDelete
  5. kalau dah lama goreng dia keras tak? selalu buat ayam masak kicap dengan sup ayam je kat anak2 kalau ada ayam sampai saya dah bosan masak benda yg sama.. huhu

    ReplyDelete
  6. nmpk menarik tu..ujn2 ni tgk menu ayam yummmm

    ReplyDelete
  7. Wahh k sue dah try. Fatin otw nak try jugak.

    ReplyDelete
  8. Wow rajin akak cuba resepi MamaPP Bonde teruja tengok akak masak.

    ReplyDelete
  9. mudah je bahan dia.. nak cuba jugak la nanti

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.