Cuti-Cuti
Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
January 07, 2018
Assalamualaikum, hai semua! Hari kedua aktiviti cuti sekolah baru-baru nie Kak Sue dan Abang Man sempat lah bawa anak-anak jalan-jalan tapi Kak Sue rasa nak demam ke Pusat Sains Negara tu tau. Nak ke sini pun Adik sibuk tanya berkali-kali juga, agaknya dengar sepupu-sepupu dan kawan-kawan yang dah pergi seronok kut. Adik pun apalagi nak pergi juga lah nak rasa dan tengok macam mana keadaannya kat sana. Kemahin seronok lagi Adik bila Ibu dan Abah kata nak kesana, Adik tak tau yang Ibu nie rasa nak demam ke Pusat Sains Negara hari tu.. huhuhu..
Hari tu pepagi lagi Kak Sue dah bising suruh anak-anak bersiap awal, sebab Pusat Sains Negara ditutup pada pukul lima petang. Kalau dah lambat bersiap dari Rawang nak kesana dengan ditambahkan jem lagi tak tahu lah sempat ke tak nak habis berjalan. Tau ajalah anak dara dan anak teruna bersiap tambah dengan Ibu lagi, memang kalau tak awal bersiap alamatnya tak sempat lah nanti. Kami sampai ke Pusat Sain Negara dah pukul 2 lebih, kalau tak silap. Parking penuh dan orang pun ramai gila. Di pintu masuk Pusat Sains kami disambut oleh staff yang bertugas, walaupun masuk percuma tapi nak kena bagi tau kat depa berapa orang nak masuk. Berapa orang kanak-kanak dan berapa orang dewasa. Mungkin nak buat rujukan kut berapa ramai yang hadir pada hari tu kan..
Selesai semua urusan kat pintu masuk, kami dibenarkan dan dialu-alukan masuk ke dalam Pusat Sains Negara tu. Masuk aja ke dalam, ada akuarium ala-ala Aquria KLCC, tapi tak besar sangat lah. Kita boleh tengok ikan-ikan berenang-renang atas kepala kita, suasana pun sejuk aja kat situ. Lega kejap sebab berpanas kat luar tadi tunggu parking kosong. Kemudian jalan ke depan sikit ada bahagian Aqua dan Cahaya. Kat sini cahaya agak gelap walaupun ada lampu warna biru dan masa kami masuk tu memang orang agak ramai. Nak cuba permainan kat situ pun macam berebut-rebut sebab ramai kan, nak kena tunggu giliran. Kadang agak lama juga nak tunggu.. letih badan dan minda.. sabar ja lah..
![]() |
Pusat Sains Negara |
![]() |
Pusat Sains Negara |
![]() |
Pusat Sains Negara |
![]() |
Pusat Sains Negara |
![]() |
Pusat Sains Negara |
![]() |
Pusat Sains Negara |
![]() |
Pusat Sains Negara |
![]() |
Pusat Sains Negara |
![]() |
Pusat Sains Negara |
![]() |
Pusat Sains Negara |
![]() |
Pusat Sains Negara |
![]() |
Pusat Sains Negara |
![]() |
Pusat Sains Negara |
![]() |
Pusat Sains Negara |
![]() |
Pusat Sains Negara |
![]() |
Pusat Sains Negara |
Pusat Sains Negara
Alamat
Persiaran Bukit Kiara,
Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutan, Kuala Lumpur
No Tel
03 - 2089 3400
13 ulasan
Seronok adik,abg dan kakak dapat berjalan kan..masa cuti sekolah tu mmg tgh masuk free kan kak..skrg x tau la dh start bayar ke belum..Dania dh pernah pergi sini..so bila ajak dia x nak dh..
ReplyDeletePusat Sains Negara memang sentiasa menjadi tumpuan bila cuti sekolah. Pernah pergi sekali.. seronok juga hehe
ReplyDeleteAdik bersungguh nak pergi dan adik memang betul-betul nampak menghayati...berminat sangat..alhamdulillah..ibu bertabah ya menahan rasa nak demam...
ReplyDeleteCuti sekolah bagis aktiviti bermanfaat macam ni utk anak2 kak. Esok2 saya pun akan bw anak ke sini. Tunggu bsr sket je
ReplyDeletewah best ne. Besar pengorbanan ibu tak larat pun gagah jugak demi anak2
ReplyDeleteNak pergi tak pergi-pergi pun lagi. Free sampai bila?
ReplyDeletetime ni pergi tak best, sebab pameran tu adalah pameran Kekal" nanti bila ada pameran macam Dinasour world" dunia Sains" baru pergi sebab pameran ni ada periodnya dalam 3 bulan 4 bulan macam tu.tapi tiket mahal sikitla!
ReplyDeleteBilalah sy dlt bawa anak anak dtg sini kak..harap harap ada lah masa bawa diorang dtg sini nanti
ReplyDeleteSukanya adik ke sini ye. Luas juga ye kak PSN ni. Ana tak ingat pernah ke sini ke tak. Boleh lah bawa syafi nanti.
ReplyDeleteramai yg ke sini sekarang kan.. fuh tapi berbaloi juga lah
ReplyDeletegigih akak demam2 pun gi.. salute la kak
ReplyDeletememang crowded time cuti sek kan.. admission free kan ? diorang baru lepas renovate..
ReplyDeletebest pusat sains negara ni...kesian demam2 pun prgi
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen ❤