Pasar Malam di Anggun City Rawang

Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nak kongsikan dengan korang tempat niaga baru Abang Man, Pasar Malam di Anggun City Rawang. Sebelum nie kan Kak Sue ada kongsikan kami bergambar kat kawasan situ masa jalan-jalan cuti sekolah. Rupanya tiap hari ahad ada pasar malam di Anggun City Rawang nie. Masa kami bergambar kat situ, Abang Man sempat lagi tanya-tanya orang kat situ macam mana nak mohon berniaga kat kawasan tu. Dah nama kaki niaga kan, ada peluang ja Abang Man akan usahakan. Alhamdullilah, ada rezeki kami sekeluarga Abang Man dapat satu tapak niaga kat situ.

Pasar Malam di Anggun City Rawang
Pasar Malam di Anggun City Rawang

Pasar Malam di Anggun City Rawang

Abang Man baru aja mula niaga Pasar Malam di Anggun City Rawang nie, baru dua kali ahad. Setakat nie sambutan Alhamdullilah menggalakkan walaupun kebanyakan peniaga dan pelanggan yang datang adalah kaum cina. Lagi pun pasar malam di Anggun City Rawang nie masih baru, ramai lagi penduduk yang berdekatan tak tau kat sini ada pasar malam. Rasanya nanti kalau dah ramai peniaga melayu dan ramai yang tau kat sini ada pasar malam, makin meriah lah nanti. Harap-harap lah kan..

Pasar Malam di Anggun City Rawang
Pasar Malam di Anggun City Rawang
Kak Sue plan nak meniaga Laksa Batu Kurau kat pasar malam nie nanti. Cuma pasar malam kat sini agak menitik berat penjagaan dan kebersihan kawasan, maksudnya kalau nak masak berminyak tu kena lapik kawasan tapak niaga. Tak boleh suka-suka hati masak macam tu aja. Ikutkan bagus lah macam tu kan, tapi tak tau la dapat kebenaran nak meniaga laksa kat situ sebab Kak Sue nak meniaga bahan tak menggunakan minyak kan. Kuah laksa kena sentiasa panas kan baru la menarik dan sedap nak makan. Harap ada rezeki dan peluang Kak Sue nak meniaga kat situ juga..

Korang yang tinggal berdekatan atau pekan Rawang boleh la datang singgah sini nanti ya. Pasar Malam di Anggun City Rawang nie sebelah aja dengan Aeon Anggun Rawang dan belakang restoran Mc Donald. Kalau ada datang ke sana hari ahad, meh la datang singgah. Parking pun luas, nak parking kawasan atas atau kat basement pun boleh. Jangan lupa singgah nanti tau.. papai!

18 comments

  1. cantik dan kemas la payung yang atas tu..warna warni..meriah

    ReplyDelete
  2. niagalah kak su mana tau miza tersesat ke rawang dapat rasa laksa akk

    ReplyDelete
  3. cantik tersusun,ada pulak payung² kat atas tu..memang terbaiklah

    ReplyDelete
  4. Kemas kak tapak pasar malam tu. Bagus depa titik beratkan kebersihan. Pembeli pun rasa selesa nk membeli. Semoga murah rezeki akak dan abg man.

    ReplyDelete
  5. cantik la view pasar mlm sbb ada payung2 tu

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah rezeki kak Sue sekeluarga....syukur..moga success berniaga di tempat baru ya kak Sue...

    ReplyDelete
  7. Nampak kemas la kak sue...menarik sgt..SA x pernah sampai lg kat situ

    ReplyDelete
  8. Besar pasar dia besar Kan.. mesti Ada jual macam2

    ReplyDelete
  9. cantik pula tgk dr atas kan...
    nieyl dah lama x pergi pasar malam...

    ReplyDelete
  10. kemasnya pasar malam ni. cantik dan tersusun. semoga impian kak sue nak meniaga laksa kat sini tercapai.

    ReplyDelete
  11. cantik la view nyer. kemas.
    and bab menitikberatkan kebersihan tu, i like.
    sebab kalau nak makan-makan, kita tak was-was.

    ReplyDelete
  12. ooo kalau kat aeon rawang tu saya tau la kak sue..dekat dah ngan umah akak saya. Tapi lama juga saya dah tak ke sana heehe..kalau ada rezeki nak juga jumpa kak sue kat pasar malam :)

    ReplyDelete
  13. Cantik dan tersusun rapi payung2 yang ada di pasar malam ni.
    InsyaAllah...Rezeki Allah itu luas.. Kita yg kene rajin usahakannya..
    Semoga dipermudahkan urusan Kak Sue untuk berniaga laksa..
    Memang nak kene ajak Otomen travel ke Rawang ni cuti2 ni..hehe..

    ReplyDelete
  14. nampak kemas pula pasar malam dari atas...dan bersih..try lah meniaga situ...boleh pergi jauh tu

    ReplyDelete
  15. First time nampak pasar malam yang besar dan cantiklaa pulak. Bestnya ni pusing cari makann.

    ReplyDelete
  16. Wah kak sue berniaga dekat sini ye.. Hah lepas nih kalau jalan jalan kat sana boleh dtg singgah gerai akak

    ReplyDelete
  17. comel je kak.. bagus buat daya penarik kawasan ni..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.