Mister Potato Terbaru Edisi Terhad Udang Pedas - Shuhaida Kabdy

Monday, January 29, 2018

Mister Potato Terbaru Edisi Terhad Udang Pedas

Assalamualaikum, hai semua! Baru-baru nie Kak Sue ternampak kawan blogger Azlinda Alin kongsi Mister Potato Terbaru Edisi Terhad Udang Pedas di Instagram beliau. Nampak macam menarik aja kan, tambah pedas pula memang kena lah dengan selera Kak Sue. Kebetulan baru-baru nie masa Kak Sue keringkan kain kat dobi, singgah 99 Speedmart nak beli barang sikit. Sekali ternampak Mister Potato terbaru edisi terhad Udang Pedas yang Linda kongsikan, lelaju lah Kak Sue beli satu, lepas tu tambah satu perasa original dan satu lagi 'hot n spicy. Haaa.. tiga sekali Kak Sue beli buat stok makan dalam kereta..

Mister Potato Terbaru Edisi Terhad Udang Pedas
Mister Potato Terbaru Edisi Terhad Udang Pedas

Mister Potato Terbaru Edisi Terhad Udang Pedas

Rumah Kak Sue memang selalu juga lah ada stok Mister Potato nie Kak Sue beli buat kudapan layan tv atau santai-santai. Selalunya Kak Sue beli perasa original, yang lain anak-anak lah pilih nak perasa apa. Kebetulan ternampak Mister Potato terbaru edisi terhad Udang Pedas nie Kak Sue beli lah satu nak rasa. Macam sebelum nie ada perisa 'sweet potato' yang warna unggu tu kan, Kak Sue suka sangat perisa yang tu. Siap beli lebih buat stok kat rumah masa tu. Makan sorang pun boleh habis tau, ada rasa manis dan masin.. tak muak.. ehehe..

Mister Potato Terbaru Edisi Terhad Udang Pedas
Mister Potato Terbaru Edisi Terhad Udang Pedas
Korang kalau nak tau rasa macam mana Mister Potato Terbaru Edisi Terhad Udang Pedas nie kena lah beli dan cuba sendiri. Tadi Kak Sue ke Aeon Anggun Rawang pun masih ada lagi stok edisi terhad Udang Pedas nie tau. Biasa kalau edisi terhad nie memang cepat habis, sebab nama pun edisi terhad kan. Korang kalau nak rasa juga kena cecepat lah pergi beli ya.. nanti lambat-lambat habis stok macam yang sebelum nie, gigit jari la jawabnya.. ehehe.. Jumpa lagi nanti, papai!

8 comments:

  1. Wahhhh....Mister Poster keluaran edisi terhad udang pedas... Adeh...Kena terjah supermarket ni.. Nak try jugak lah

    ReplyDelete
  2. Packing pink boleh tarik perhatian cik qilah. Pedas sangat tak kak su?

    ReplyDelete
  3. xprasan yg edisi terhad ni

    ReplyDelete
  4. Uiks nampak sedap ni kak. Pedas pedas manja gitu ye. Nak beli juga lah. Kang lambat habis pula.

    ReplyDelete
  5. kene try ni... mcm sedap

    ReplyDelete
  6. murah tu kak..3.78 aritu saya beli rm3.99 hehehe

    ReplyDelete
  7. Wow rare ni. Mcm mana ye rasanya tu

    ReplyDelete
  8. laa.. ada yang baru ke kak? aritu beli tak perasan pulak..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.