Lauk Paling Sedap

Assalamualaikum, hai semua! Hari nie nak sembang santai lagi dan pasal makanan lagi.. ehehe! Salah satu lauk paling sedap bagi Kak Sue sekeluarga ialah ikan bilis goreng letak bawang dan cili padi. Haa.. kalau masak simple macam nie memang bertambah makan tau. Nak-nak Abang Man, memang suka sangat kalau Kak Sue masak macam nie. Kira lauk paling sedap lah, tak ada lauk lain pun tak apa dah..

Lauk Paling Sedap
Lauk Paling Sedap

Lauk Paling Sedap

Kadang kan sampai dah tak idea dan tak tahu dah nak masak apa dah kan. Nasib Abang Man jenis yang tak cerewet, janji pedas sudah. Lagi-lagi kalau lauk jenis simple, yang tu lah lauk paling sedap bagi Abang Man. Selain ikan bilis goreng campur bawang dan cili padi nie, satu lagi lauk paling sedap bagi Abang Man telur mata kerbau letak kicap dan cili padi. Memang bertambah makan, siap cakap masak hari-hari pun tak apa. Senang gila nak jaga kan.. ehehe..

Lagi satu Abang Man memang tak reti nak makan kalau ada banyak-banyak lauk. Selalunya kalau balik rumah Mak Kak Sue lah, Mak suka masak lauk banyak jenis, memang dah terbiasa. Kadang yang jadi banyak jenis tu sebab nak ikut lauk kegemaran anak, menantu dan cucu. Akhirnya sedar tak sedar jadi banyak jenis lauk pulak dah.. ehehe.. Tu yang dah tak tau nak makan lauk yang mana satu. Okay la, setakat sini dulu sembang makan-makan Kak Sue kali nie, jumpa lagi nanti.. papai!




Post a Comment

10 Comments

  1. Ni favorite Ana ni kak. Bila tak tau nak makan apa goreng ni je dh cukup. Sedap ya amat. Hehe

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat-sangat kak..lauk paling sedap...lauk macam ni boleh bertambah nasi...itu yang bahaya untuk PC kak...lagi-lagi kalau makan dengan bubur.....ikan bilis masin sikit...rasa pedas cili...ngam...nikmat sangat.

    ReplyDelete
  3. suka juga tp amy ltk kicap juga

    ReplyDelete
  4. haaaaaa lauk ni memang terbukti paling sedap. makan dengan nasi panas, tambah kicap sikit. fuhhhhh marvellous ^_^

    ReplyDelete
  5. Walaupun simple nampak sedap kak

    ReplyDelete
  6. Walaupun simple nampak sedap

    ReplyDelete
  7. sedap lauk fav kami gak ni kak !

    ReplyDelete
  8. makan kicap pun besttt..makan pulak dengan nasi panas-panas

    ReplyDelete
  9. Wah.. sedap sgt ni..

    ReplyDelete
  10. kami selalu macam ni kak sue.. kami panggil lauk ni sambal hiris. .semua benda dihiris sekali dan masak semuanya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️