Cerita Blog Shuhaida Kabdy - Shuhaida Kabdy

Sunday, January 14, 2018

Cerita Blog Shuhaida Kabdy

Assalamualaikum, hai semua! Hari nie Kak Sue nak sembang Cerita Blog Shuhaida Kabdy, blog Kak Sue sendiri. Ala tak ada cerita hebat pun pasal blog Shuhaida Kabdy nie pun korang, saja ja Kak Sue nak sembang santai kat sini. Kak Sue mula buat blog dah agak lewat dalam tahun 2011 macam tu. Masa tu Kak Sue baru nak kenal media sosial, lepas tu nampak blogger masakan selalu kongsi resepi di Facebook. Tu yang Kak Sue pun timbul minat nak ada blog nasakan juga, sambil-sambil belajar memasak kan..

Cerita Blog Shuhaida Kabdy
Cerita Blog Shuhaida Kabdy


Cerita Blog Shuhaida Kabdy

Kak Sue dulu kan, bukanlah seorang yang pandai memasak, sekarang pun bukan lah pandai sangat pun, masih banyak lagi nak belajar sebenarnya. Disebabkan Kak Sue suka dan minat tengok blogger masakan kongsikan resepi dengan gambar yang cantik dan langkah demi langkah yang mudah buat Kak Sue tertarik nak cuba resepi mereka dan nak  ada blog masakan sendiri juga. Tu yang Kak Sue pun buat blog, kalau tak silap dalam tahun 2011 macam tu. Masa tu ayat dalam entri pun entah apa-apa, bila baca balik kelakar gila.. malu pun ada, hahaha!

Masa tahun 2014, bila Kak Sue tengok balik blog Kak Sue tak ada satu entri pun yang Kak Sue update. Kira lama juga lah Kak Sue senyap kat blog dekat setahun tak aktif sampai lah Kak Sue join satu kelab blogger nie untuk belajar dan mengembangkan lagi bisnes Kak Sue dan Abang Man dan terus aktif sampai sekarang. Dari blog masakan, Kak Sue tukar niche blog ke Lifestyle, Parenting dan Food. Ya la, entri Kak Sue bukan bercerita pasal resepi ja sekarang nie, macam-macam Kak Sue kongsi. Kak Sue juga berpeluang dapat duit poket dan gift dari hasil berblogging walaupun tak sebanyak kawan-kawan lain tapi Alhamdullilah tetap ada. Seronok sangat..

Untuk tahun nie, Kak Sue harap blog Kak Sue mencapai target yang Kak Sue nak. Selepas tu mungkin Kak Sue akan slow down kut, tapi jangan risau.. Kak Sue tetap support kawan-kawan blogger yang lain tau. Semoga apa yang Kak Sue kongsikan di Blog Shuhaida Kabdy, memberi manfaat dan pahala yang terus mengalir walaupun Kak Sue dah tak ada nanti... aamiin ya rabb.. Jumpa lagi nanti, papai!






10 comments:

  1. Semoga blog kak sue bertambah maju Dari segala segi. Oo rupanya pernah beehive nasi macam saya juga ye

    ReplyDelete
  2. Ala.. typo.. berhibernasi

    ReplyDelete
  3. Cerita di Blog Kak Sue sangat superb hebat... LeYa suka bacanya.

    ReplyDelete
  4. Blog ni solusi juga kan kak...macam-macam info..tips..resipi boleh kita dapat.InsyaAllah kak,setiap kebaikkan yang dikongsi ibarat semai benih yang hasilnya kita tuai di sana kelak...

    ReplyDelete
  5. Semoga terus berblog kak sue. Teruskan berkongsi ilmu dan info dengan kami semua. ❤

    ReplyDelete
  6. Selepas ni kak sue nak slow down...kak sue nak pi mana...alaaa jgn la menyepi lama2 kak sue...rinduuu kanggggg

    ReplyDelete
  7. hai kak sue, rinduu,, selamat tahun baru kak sue ... semoga capai apa yg kak sue target kan tuu

    ReplyDelete
  8. suka tgk blog yg suka masak2 sbb terasa nk try hehe

    ReplyDelete
  9. Kak Sue nak cari ilham cipta resepi baru yea...

    ReplyDelete
  10. saya doakan kak sue capai target yang kak sue nak

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.