Resepi Sira Labu - Shuhaida Kabdy

Friday, December 15, 2017

Resepi Sira Labu

Assalamualaikum, hai semua! Baru-baru nie ada kawan niaga Kak Sue bagi rasa Sira Labu, sejenis makanan dari Kelantan kalau tak silap Kak Sue lah. Sedap pula bila dah cuba rasa tu kan. Sebelum nie macam pernah dengar dan tengok orang kongsi gambar, tapi belum pernah rasa. Bila dah rasa, rupanya sedap tau korang. Lelaju Kak Sue google resepi dengan harapan nak buat sendiri kali nie. Rupanya senang aja resepi Sira Labu nie, bahan pun tak banyak nak kena sediakan. Ada macam-macam resepi, Kak Sue buat ikut sukatan sendiri ja nie.

Resepi Sira Labu
Sira Labu
Korang kalau tak suka gula kabung, boleh aja letak gula pasir. Sukatan gula pun ikut aja korang suka macam mana. Kalau tak suka manis korang kurangkan lah sikit gula. Kak Sue masukkan garam sikit, sebab masa kawan bagi rasa tu macam terasa ada manis, masin sikit. Kak Sue minta halal lah pada resepi yang Kak Sue refer tu ya, cuma Kak Sue ikut sukatan Kak Sue sendiri. Jom Kak Sue kongsikan resepi yang sangatlah mudah dengan korang, jom..

Sira Labu

Bahan-bahan :
1/ 2 biji labu 
1 ketul gula kabung
4 helai daun pandan
Sedikit kapur makan
Sedikit garam

Resepi Sira Labu
Resepi Sira Labu
Cara-cara :
Potong labu, cuci dan rendamkan dalam air kapur 1-2 jam (Kak Sue rendam sekejap ja, nak cepat)
Kemudian cuci bersih labu dan toskan
Susun labu tadi dan taburkan gula kabung serata
Kemudian masukkan daun pandan
Akhir sekali masukkan sedikit garam, tu bagi rasa lemak
Tutup periuk dan masak labu dalam api yang perlahan sehingga labu empuk

Haa.. siap dah pun Sira Labu kita. Senang ja korang, sambil nak masak tengahari tu pun boleh lah rendam labu tu. Siap masak tengahari, atau sambil masak dah boleh letak atas dapur labu. Serentak semua siap. Lagi senang, dah boleh berehat tunggu minum petang. Eh tapi katanya Sira Labu nie depa makan dengan nasi, Kak Sue makan gitu ja korang.. ehehe. Selamat mencuba tau.. papai!




16 comments:

  1. nampak sedap.. tak pernah lagi try ni

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap kak sue..tp SA x makan labu

    ReplyDelete
  3. Mudah sgt ni kak sue. Nak try lah nanti. Nampak sedap sgt tu.

    ReplyDelete
  4. wuish, terbaik la resepi sira labu ni..terima kasih kak su! selalu makan sira pisang je.

    ReplyDelete
  5. lama dh x mkn ni.. sedap... adehh terliur lak.. haha

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap ja.favourite mak kita ni:)

    ReplyDelete
  7. sedap ni kak.. tp tak pernah pulak try dgn nasi..

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap.tak pernah try menu ni. Sebab CCL tak makan labu

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap..Lagi2 bila letak gula kabung ni..Nanti boleh la cuba.TQ..

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap tp xleh mkn labu la kak.. Angin

    ReplyDelete
  11. Sira labu ni kegemaran saya tau! hahaha... Salam kenal...dh follow sini juga.

    ReplyDelete
  12. Sedap ne tapi miza tak boleh makan banyak 'angin'

    ReplyDelete
  13. Ya Allah sedapnya sira labu.. First time makan kat Kelantan pastu terus jatuh cinta..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.