Masak-Masak Bersama AMC dan Chef Zamir

December 02, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Minggu lepas Kak Sue berkesempatan ke event Masak-Masak Bersama AMC dan Chef Zamir. Pada yang tak tahu, Chef Zamir nie adalah juara Master Chef All Star 2013. Masih muda, peramah dan berbakat dalam bidang masakan walaupun menurut beliau masih baru dalam dunia masakan nie sangat merendah diri kan orangnya. Kak Sue sempat juga menjadi pembantu Chef Zamir untuk menyediakan beberapa menu hari tu tau, ketaq la juga kan. Selalu masak kat rumah kita masak ikut suka kita ja, nie bila masak dengan orang yang hebat jadi keras tangan la pulak.. hahaha! Jom lah kita tengok apa yang kami sediakan masa Masak-masak bersama AMC dan Chef Zamir jom..

Masak-Masak Bersama AMC dan Chef Zamir
Masak-Masak Bersama AMC dan Chef Zamir

Masak-Masak Bersama AMC dan Chef Zamir Cepat, Mudah dan Sihat

Kak Sue kalau event atau rancangan masak-masak nie memang suka lah nak datang dan tengok. Bila dapat jemputan Masak-Masak Bersama AMC dan Chef Zamir apalagi, laju aja lah Kak Sue setuju. Selain dari kita belajar memasak, boleh belajar tips memasak dan produk yang digunakan juga. Macam event hari tu sambil memasak, Chef Zamir kenalkan pada kami produk masakan dari AMC. Kak Sue pertama kali tahu dan dengar produk dari AMC nie.. best juga. Kerja jadi cepat dan mudah..

Masak-Masak Bersama AMC dan Chef Zamir
Masak-Masak Bersama AMC dan Chef Zamir - Gambar sumber AMC
Kira hari tu kami memasak dengan menggunakan produk masakan dari AMC nie lah. AMC nie macam periuk tekanan yang lain yang ada di pasaran. Cuma periuk AMC nie, digunakan dengan dapur dan alat khas yang mengunakan bluetooh dinamakan auditherm sebagai penunjuk suhu dan mengeluarkan bunyi bila masakan kita dah siap masak. Menarik kan. Antara menu masakan yang kami masak hari tu, Kek Butter, Rendang Ayam, Nasi Kerabu dan Sayur Campur. Haa.. ada antara menu masakan nie perlu masa yang panjang nak sediakan tapi dengan periuk AMC semua hidangan siap dengan cepat, mudah dan sihat..

Masak-Masak Bersama AMC dan Chef Zamir
Masak-Masak Bersama AMC dan Chef Zamir
Masak-Masak Bersama AMC dan Chef Zamir
Masak-Masak Bersama AMC dan Chef Zamir
Masak-Masak Bersama AMC dan Chef Zamir
Masak-Masak Bersama AMC dan Chef Zamir

Masak-Masak Bersama AMC dan Chef Zamir
Masak-Masak Bersama AMC dan Chef Zamir
Untuk info korang, AMC Malaysia nie menjual produk masakan yang dikeluarkan dan diimport dari Jerman. AMC nie juga sebenarnya dah berkembang lebih dari 50 tahun dalam pasaran dunia dalam bidang masakan. Sistem Premium AMC adalah dikatakan sistem masakan utama di pasaran dan menjadikan masakan yang sihat, menyeronokan, cepat dan mudah. Kaedah memasak dengan AMC seperti menggoreng tanpa lemak tambahan dan memasak tanpa tambahan air menjamin rawatan lembut makanan dan tahap kandungan nutiris makanan yang tinggi. Best kan.. dah la memudahkan kerja kita, dapat sediakan masakan sihat untuk keluarga..

Masak-Masak Bersama AMC dan Chef Zamir
Masak-Masak Bersama AMC dan Chef Zamir - Gambar sumber AMC
Kak Sue macam berminat juga dengan produk memasak dari AMC nie, tapi belum ada kemampuan lagi lah masa nie.. ehehe.. Kak Sue tengok macam ada banyak pilihan set-set periuk, boleh lah beli nanti kan bila tabung dah penuh. Mana tahu ada rezeki nanti, korang kalau nak tau lebih detail boleh klik yang Kak Sue kongsikan kat bawah nie tau.. 

AMC MALAYSIA

Alamat
No 22, Jalan Pendaftar U1/54,
Temasya Industrial Park,
Glenmarie, 40150,
Shah Alam, Selangor

No Tel 
03 5569 8994
Fax
03 5569 6626

Website
amc2u.amcmsia.com

Facebook
www.facebook.com/amcmalaysia

Instagram
www.instagram.com/amcmalaysia





You Might Also Like

25 ulasan

  1. Seronoknya akak jadi pembàntu chef...pengalaman yang menarik kan kak...

    ReplyDelete
  2. Wah kak sue hebat dpt jd pembantu juara master chef. Dpt lah serap aura juara tu kan. Memang menarik barangan amc ni. Menjimatkan masa sungguh.

    ReplyDelete
  3. I saw the nasi kerabu. look nice. It seem a good opportunity that you get to cook with chef

    ReplyDelete
  4. Bila masak dgn chef professional bole tanya tip tip dapur kan...?

    ReplyDelete
  5. Eksklusif produk AMC ni kak sue.. 👍

    Terliur pulak tengok nasi kerabu tu hehee

    ReplyDelete
  6. pertama kali denagr pasl produk AMC. Bestnya dapat join event macam ni

    ReplyDelete
  7. uwahhh bestnye.

    jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  8. Seronoknya dapat tengok chef memasak. Tapi kalau saya jadi pembantu, kekok juga. Menu masakan semua sedap. Tak pernah lagi cuba masak nasi kerabu.

    ReplyDelete
  9. Wowwew jauh datanya produk AMC ni, dari German haaaaa... macam menarik gak produk dia. Nantilah kalau jumpa nak try.

    ReplyDelete
  10. Akak borak x dengan chef masa jadi pembantu?

    ReplyDelete
  11. lepas makin power la memasak di rumah kan hehe

    ReplyDelete
  12. Dah tak nampak dah makanan yang chef buat. Hahhaha, mata asyik duk tenogk muka chef tu je. Handsome budaknye

    ReplyDelete
  13. Nice event, the food looks good, he must be a good chef eh?

    ReplyDelete
  14. My mom has this cookware brand at home, it is very durable and versatile.

    ReplyDelete
  15. bilalah dpt merasa masak dengan chef ni hihi

    ReplyDelete
  16. aura chef hebat dah pindah dekat kak shu XD

    ReplyDelete
  17. Wah bestnya kak Sue. Boleh amik aura hebat Chef Zamir..

    ReplyDelete
  18. TQ so much for your information and sharing.terliur pulak haha btw, Love ur blog! keep blogging<3

    ReplyDelete
  19. Kan.... menarik kan masak2 dengan AMC dan Chef Zamir hari tuh... LeYa pun suka.. Tekstur masakannya terasa dan lembut je

    ReplyDelete
  20. Kalau dapat set memasak AMC tu best juga mesti rajin terus masak-masak

    ReplyDelete
  21. Ika nk satu la set AMC ni. Baru Ika semangat nak memasak taw hehe

    ReplyDelete
  22. wowww akak nie... lepas nie mesti ramai yang nak bermentuakan akak hahahah eh mak... anakanda tumpang lalu ek ;)

    ReplyDelete
  23. kena buat tabung baru ne jimat masa nak memasak

    ReplyDelete
  24. Bestnya kak...kalau saya join haritu dpt jumpa akak.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.