Makan-Makan Hujung Minggu

Assalamualaikum, hai semua! Hujung minggu nie korang buat apa aja kat rumah? Kak Sue dan keluarga kalau hujung minggu nie aktiviti bebas. Kadang bermalas-malasan aja sambil tengok TV. Bukan lah bermalasan tu sampai tak buat apa pun, sambil tengok TV boleh ja sambil mendobi baju kan atau kemas-kemas sikit ruang tamu. Baju-baju tu bukan kita kena sental dengan tangan, masuk baju kotor dalam mesin tunggu aja sampai semua siap. Dah siap tinggal sidai ja, senang kerja. Memula kami plan nak ke Shah Alam hari nie, tetiba tak jadi pulak. Memang plan tak masak hari nie, jadi kita keluar makan-makan hujung minggu aja lah..

Makan-Makan Hujung Minggu
Makan-Makan Hujung Minggu - Kami pesan Cendol Kacang Merah

Makan-Makan Hujung Minggu

Tempat makan-makan hujung minggu Kak Sue dan keluarga kali nie, masih tempat biasa yang dekat dengan rumah Kak Sue ja. Malas nak pergi jauh-jauh sebab sebelah petang nak kena sedia nak berniaga burger depan rumah pulak. Musim hujan dan hujung tahun nie, nak cuti berniaga sangat takut kang kelam kabut nak bayar macam-macam.. ehehe! Lagi pun bukan nak kena pergi jauh, depan rumah aja pun. Sikit-sikit pun ada juga duit masuk kan..

Jadi hari nie kami sekeluarga makan di Bandar Country Home, Gerai Laksa Bawah Pokok. Kak Sue pun tak tau nama gerai apa, sebab gerai laksa nie bawah pokok jadi letak aja nama tu..pepandai aja kan. Gerai sebenar berniaga atas lori pick up tu kan, lepas depa buka meja dan khemah bawah pokok. Kami sekeluarga memang suka singgah gerai bawah pokok atau tepi jalan macam nie..

Makan-Makan Hujung Minggu
Makan-Makan Hujung Minggu - Cendol Kacang dan Laksa
Gerai Laksa Bawah Pokok nie ada menjual semestinya lah Laksa, Mee Bandung, Rojak Mamak dan pelbagai pilihan Cendol. Selain dari tu ada juga depa sediakan air manis dan air mineral. Rasanya laksa kat sini yang dapat menepati tekak Kak Sue, cukup semua. Memang kadang kalau tak makan sini pun, akan tapau bawa balik. Kalau ke Aeon atau NSK, kadang singgah tapau kat sini. Kalau ikut Abang Man lebih suka makan kat sini, sambil lepak bawah pokok memang best. Kata Abang Man tak payah susah-susah nak basuh pinggan kalau makan kat sini.. ehehe..

Korang kalau yang tinggal berdekatan kawasan Rawang nie boleh lah singgah makan kat gerai nie. Layanan memang tip top dan gerai pun bersih, paling penting sedap. Rasanya sebelum nie pun Kak Sue ada kongsikan kat sini dah Gerai Laksa Bawah Pokok nie. Gerai nie dekat dengan simpang nak ke masjid Bandar Country Home, kalau korang sampai kena waktu solat boleh lah solat dulu sebelum ke gerai nie kan. Jadi tak risau lah nak cari masjid atau risau nak ke tandas. Selamat mencuba korang, papai!

Post a Comment

6 Comments

  1. mak aii..sdap tu kak sue..:)

    ReplyDelete
  2. Kak sue sekeluarga suka ye makan cendol. Sama lah dengab ana. Tp ana kalau minum cendol hirup air dia je.cendol tu ana x makan.hahaha.

    Haha steady lah abg man. Tak yah susah2 basuh pinggan ye.hehe

    ReplyDelete
  3. Akaaakkk sue..nak sikit lah. Sedap nya

    ReplyDelete
  4. Panas lit lit mcm ni memg sedap mnum cendol

    ReplyDelete
  5. Sajer jer tau kak sue ni...dah la SA ni peminat laksa.....

    ReplyDelete
  6. saya memang peminat cendol..lelagi cendol tepi jlan. feel dia lain machiam sket hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️