Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nak kongsi dengan korang Kempen YEZ 2017. Untuk info korang PPZ- MAIWP sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi para pembayar zakat dalam menunaikan tanggungjawab berzakat. Oleh sebab tu, PPZ melaksankan kempen YEZ 2017 (Yer End Zakat) bagi menggalakkan orang ramai berzakat sebelum berkahir tahun 2017.

Kempen YEZ 2017
Kempen YEZ 2017

Kempen YEZ 2017

Kempen YEZ 2017 akan diadakan selama 1 buan pada bulan Disember 2017 iaitu pada 1 Disember sehingga 31 Disember 2017. Bersempena dengan kempen ini, 11 kaunter PPZ- MAIWP akan dibuka selama tujuh hari seminggu sepanjang Disember nanti termasuk cuti umum. Kauntert ini dibuka seawal 8.15 pagi sehingga 4.45 petang. Haaa.. panjang kan masa. Tak ada alasan korang tak dapat nak datang ke sini.

Pada tarikh 26 - 31 Disember 2017 pula, kauntert PPZ - MAIWP akan beroperasi dari jam 8.15 pagi sehingga 8 malam. Haa.. masa dipanjangkan di akhir tutupnya tarikh untuk korang datang sini. Pelabagi kesitimewaan yang akan para pembayar zakat dapat iaitu cederahati khas di kaunter-kaunter PPZ - MAIWP iaitu CD MAU'IZATI oleh Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani, Kalender Meja 2018, yang turut mengandungi Jadual waktu solat, Buku Siri Rukun Islam. Siap dapat hadiah lagi tau..

Kempen YEZ 2017
Kempen YEZ 2017
Kepada mereka yang membawa anak-anak mereka ke kaunter PPZ - MAIWP ada hadiah cabutan bertuah juga untuk mereka. Selain itu satu cabutan bertuah setiap hari bakal diadakan bermula 1 hingga 29 Disember 2017 dan 20 cabutan bertuah pada tarikh 30 hingga 31 Disember 2017. Haa..yang nie lagi menarik kan..

Bagi memeriahkan lagi suasana di kaunter Shamelin Perkasa ada maskot Omar dan Hana (siri kartun terbitan ASTRO) pada 30 dan 31 Disember nanti. Bagi korang yang tak berkesempatan membayar zakat di 11 kaunter PPZ - MAIWP pula, boleh menunaikan menerusi Portal PPZ - MAIWP di www.zakat.com.my dan berpeluang memenangi 100 cabutan bertuah yang disediakan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Talian Zakat 1-300-88-5757

'PPZ - MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT'