Kempen YEZ 2017

Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nak kongsi dengan korang Kempen YEZ 2017. Untuk info korang PPZ- MAIWP sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi para pembayar zakat dalam menunaikan tanggungjawab berzakat. Oleh sebab tu, PPZ melaksankan kempen YEZ 2017 (Yer End Zakat) bagi menggalakkan orang ramai berzakat sebelum berkahir tahun 2017.

Kempen YEZ 2017
Kempen YEZ 2017

Kempen YEZ 2017

Kempen YEZ 2017 akan diadakan selama 1 buan pada bulan Disember 2017 iaitu pada 1 Disember sehingga 31 Disember 2017. Bersempena dengan kempen ini, 11 kaunter PPZ- MAIWP akan dibuka selama tujuh hari seminggu sepanjang Disember nanti termasuk cuti umum. Kauntert ini dibuka seawal 8.15 pagi sehingga 4.45 petang. Haaa.. panjang kan masa. Tak ada alasan korang tak dapat nak datang ke sini.

Pada tarikh 26 - 31 Disember 2017 pula, kauntert PPZ - MAIWP akan beroperasi dari jam 8.15 pagi sehingga 8 malam. Haa.. masa dipanjangkan di akhir tutupnya tarikh untuk korang datang sini. Pelabagi kesitimewaan yang akan para pembayar zakat dapat iaitu cederahati khas di kaunter-kaunter PPZ - MAIWP iaitu CD MAU'IZATI oleh Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani, Kalender Meja 2018, yang turut mengandungi Jadual waktu solat, Buku Siri Rukun Islam. Siap dapat hadiah lagi tau..

Kempen YEZ 2017
Kempen YEZ 2017
Kepada mereka yang membawa anak-anak mereka ke kaunter PPZ - MAIWP ada hadiah cabutan bertuah juga untuk mereka. Selain itu satu cabutan bertuah setiap hari bakal diadakan bermula 1 hingga 29 Disember 2017 dan 20 cabutan bertuah pada tarikh 30 hingga 31 Disember 2017. Haa..yang nie lagi menarik kan..

Bagi memeriahkan lagi suasana di kaunter Shamelin Perkasa ada maskot Omar dan Hana (siri kartun terbitan ASTRO) pada 30 dan 31 Disember nanti. Bagi korang yang tak berkesempatan membayar zakat di 11 kaunter PPZ - MAIWP pula, boleh menunaikan menerusi Portal PPZ - MAIWP di www.zakat.com.my dan berpeluang memenangi 100 cabutan bertuah yang disediakan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Talian Zakat 1-300-88-5757

'PPZ - MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT'



                                                                                                  

Post a Comment

25 Comments

  1. Bagus dibuat program begins. Org pun Rasa happy nak berzakat kan

    ReplyDelete
  2. Thanks for the info.Sorry menyampuk,kalau sudi,jom join segment Hana :D

    http://pululudreams.blogspot.my/2017/12/segment-friendly-by-hana.html

    ReplyDelete
  3. tiada alasan lg utk tidak membayar zakat

    ReplyDelete
  4. setuju..takde alasan untuk tak bayar zakat..sekarang semuanya mudah...

    ReplyDelete
  5. macam2 cara nak bayar zakat skrg ni kan. xde alasan tak sempat nk bayar. zakat wajib bayar bg yang cukup syarat.

    ReplyDelete
  6. bagusnya kempen begini. lebih catchy dan memudahkan pembayar zakat! thank you atas perkongsian ni! ;)

    ReplyDelete
  7. InsyaALLAH, setiap tahun kami juga bakal membayar zakat harta/perniagaan sebelum 31hb :)

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah kita dah daftar dengan zakat setiap tahun akan potong automatik hehehehe lega senang rasa...

    ReplyDelete
  9. Ni satu program yang bagus. Sekurang-kurangnya ada jugalah, insentif untuk membayar zakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus kempen ni.. menggalakkan orang membayar zakat.. siap buat cabutan bertuah lagi tu.. terbaik

      Delete
  10. Bagus betul inisiatif PPZ MAIWP ni. Memudahkan kite semua untuk bayar zakat. Sekarang ni dah tak ada alasan lagi tak sempat ke apa.

    ReplyDelete
  11. Tak ada alasan dah susah nak berzakat. Online dah ada pun. Memudahkan kita dan menjimatkan masa

    ReplyDelete
  12. Terima kasih share pasal info nie. Ramai dok sibuk 12.12 dan YES, maka sesuai juga diingatkan adanya YEZ. Hehe

    ReplyDelete
  13. Banyak betul kempen PPZ. Kalau bulan Ramadan akan datang masih lagi tak bayar Zakat tak tau la. Nak kena hempuk kot yang tak reti bayar zakat fitrah. Hurrmmm.

    ReplyDelete
  14. Zakat sekarang dah bagus perkhidmatannya. Banyak event sana sini. Kalau ada yang tak aware..tak tahu nak ckp apa lg hehehe

    ReplyDelete
  15. Pertemuan Kali pertama dgn kak Su di sini, lembut je org nye. Kat sini juga kita dpt tau mcm2 Cara utk byr zakat, lebih mudah dan sng diuruskan

    ReplyDelete
  16. Lepas ni xda alasan lagi da nk culas2 byr zakat kan...
    Bukan apa...da byk saluran yg lebih mudah utk byar kan skrg ni

    ReplyDelete
  17. mudahnya untuk membayar zakat dan semoga mudahlah pengagihan nanti

    ReplyDelete
  18. Salah satu cara untuk bersihkan pendapatan, tapi ramai yang mengelak dan dok bising awat la pendapatan yang dapat dok x cukup je

    ReplyDelete
  19. bagus ada kempen macam ni memudahkan untuk membayar zakat nanti...

    ReplyDelete
  20. Bagus jgak diadakan kempen sebegini, mana2 yg terlewat tu ada jugaklah masa nak bayar zakat sebelum akhir tahun ni

    ReplyDelete
  21. banyak sudah kemudahan nak bayar zakat... jom tunaikan zakat

    ReplyDelete
  22. Berzakat online dah skrg!!!! Kempen yez super ohsem laaaa

    ReplyDelete
  23. bagus kempen ni kak.. bagi kesedaran kepentingan bayar zakat

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️