Jom Kenal Blogger UmmiZarra - Shuhaida Kabdy

Thursday, December 21, 2017

Jom Kenal Blogger UmmiZarra

Assalamualaikum, hai semua! Jom Kenal Blogger UmmiZarra, lama berehat dari buat entri untuk kawan-kawan blogger kali nie Kak Sue kembali, ewah.. hahaha! Kali nie Kak Sue nak sembang dan bercerita tentang sorang blogger yang cantik manis nie lebih dikenali dengan panggilan Nora. Nora baru je melangsungkan perkahwinan baru-baru nie, tahniah ya Nora. Maaf Kak Sue tak dapat nak hadirkan diri. Didoakan semoga Nora dan suami berbahagia selamanya ya. Sekarang nie depa pi honeymoon dah, selamat ber honeymoon hokay korang. Jom kenal Blogger UmmiZarra atau boleh juga dikenali dengan nama blog Monolog Tanpa Suara jom..

Jom Kenal Blogger UmmiZarra
Jom Kenal Blogger UmmiZarra

Jom Kenal Blogger UmmiZarra

Kak Sue kenal Nora, rasanya kat facebook tapi tak ingat macam mana boleh kenal. Selalu berbalas-balas komen aja dengan Nora kat facebook. Rupanya blogger juga dan pertama kali jumpa Nora di food review Bangi Resort untuk Ramadhan Buffet. Itu pun tak ingat juga sapa tegur sapa dulu sebab ramai blogger masa tu, tapi Kak Sue memang cam Nora. Orangnya memang peramah dan ceria. Bekerja di bahagian Pentadbiran Sekolah di sebuah sekolah kawasan Selangor. Kira Nora pun part time blogger juga lah macam blogger lain bila ada kerja yang tetap. Nak buat full time, memang tak sempat lah kan. Walaupun macam tu Nora aktif juga berblog dan ke event-event.. Rasanya dah dua kali Kak Sue jumpa Nora tapi tak sempat saja nak berselfie.. lain kali tau Nora..

Jom Kenal Blogger UmmiZarra
Jom Kenal Blogger UmmiZarra
Kak Sue mula agak rapat sikit dengan Nora, bila kami dalam satu group blogger nie. Bila dah hari-hari sembang memang kita agak rapat dan lebih kenal lah kan. Walaupun kadang Nora busy dengan kerja masih sempat lah support like dan komen di blog atau media sosial kawan-kawan yang lain. Semoga persahabatan yang terjalin di alam maya nie akan berkekalan selamanya ya Nora dan juga kawan-kawan yang lain. Korang yang belum kenal Nora, boleh lah singgah ke media sosial Nora nanti ya. Jumpa lagi next entri tentang blogger pilihan Kak Sue yang lain, papai!

Blog

Facebook

Instgram

7 comments:

  1. Seronok tgk gambar honeymoon nora. Semoga berbahagia selamanya. Amin.

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada blogger Nora yang melangsungkan perkahwinan

    ReplyDelete
  3. blogger yang tak pernah tak camtik hehehhehe

    ReplyDelete
  4. Cantik.sgt Nora as perantin semoga persahabatan berkekalan

    ReplyDelete
  5. Dh beberapa kali juga jmpa nora kt event blogger

    ReplyDelete
  6. nora yang cantik.. teringin nak jumpa dia

    ReplyDelete
  7. Thank you kak sue... Walhal kita ni dh banyak kali terserempak tapi tak kenal. 1st msa kat Bangi tu lah kan. Heheheh tq kak support nora gak dlm blogging..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.