Jom Kenal Blogger Suria Amanda

December 07, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Jom Kenal Blogger Suria Amanda. Hari nie Kak Sue nak bercerita tentang Blogger Suria Amanda pula. Rasanya Suria Amanda atau dengan nama lain SA dah dikenali dikalangan blogger. Seorang blogger yang hebat, pandai bergaya, berkerjaya dan juga ibu tunggal kepada seorang anak dara yang comel dan cantik macam mama dia juga. SA seorang yang tak kedekut ilmu, selalu bagi pendapat tentang blog atau personal dan tak sombong pun. Pertama kali jumpa SA, Kak Sue segan sangat, ye lah blogger hebat kan tapi SA dengan ramah tegur Kak Sue sambil hulurkan name card.. wah gitu.. ehehe..

Jom Kenal Blogger Suria Amanda
Jom Kenal Blogger Suria Amanda - Cantik kan SA..

Jom Kenal Blogger Suria Amanda

Seronok kalau korang kenal secara dekat dengan Blogger Suria Amanda nie. Walau pun kadang kita nampak SA serius ada juga masa beliau bergurau senda dan buat kelakar. Rasanya Kak Sue kenal SA dalam setahun, dua juga lah. Kak Sue kenal SA melalui facebook kalau tak silap. Pertama kali jumpa di event, memang dalam hati memang lawa dan bergaya SA nie macam dalm gambar juga. SA nie memang amat menjaga penampilan tau sesuai lah dengan jawatan SA dengan syarikat yang agak terkenal tu kan.

Jom Kenal Blogger Suria Amanda
Jom Kenal Blogger Suria Amanda - Bersama anakanda tersayang
Kak Sue memang rasa bangga dan terharu sebab SA sudi datang singgah blog Kak Sue selalu. Siap follow lagi blog Kak Sue, maklum lah blogger hebat kan. Mana tau kut tak sudi dengan Kak Sue blogger tua nie. Blog SA pun antara blog yang sentiasa menjadi rujukan Kak Sue dan harus Kak Sue terjah setiap hari. Kalau sibuk sekali pun Kak Sue akan pasti datang juga ke blog SA.

Jom Kenal Blogger Suria Amanda
Jom Kenal Blogger Suria Amanda - kami di SBB, nampak tak Kak Sue terselit tu
Kak Sue suka baca entri di blog SA dengan cara penulisan yang santai dan bersahaja tak jemu nak baca tau. SA juga ada kongsi resepi, jangan tak tau korang SA nie pandai masak tau. Korang kalau tak ada idea nak masak boleh lah singgah blog SA nanti. Resepi SA sangat mudah dan ringkas.. yang pasti sedap! Korang yang nak kenal dengan Suria Amanda boleh lah cari di medsoc beliau kat bawah nie ya. Jumpa lagi next entri blogger.. sapa agaknya ya.. Papai!

Blog

Facebook

Instagram




You Might Also Like

7 ulasan

  1. jom kak kita jadi bergaya macam kak SA.. hehe..

    ReplyDelete
  2. Wahhh.... Kak SA dapat liputan percuma dari Blog Kak Sue... Kak SA memang hebat pun.. LeYa pun suka baca blog beliau... Best3x..

    ReplyDelete
  3. Dah follow rapat2 blog kak Sa best sebab ada banyak resepi sedap yang kena dengan tekak miza

    ReplyDelete
  4. suka masuk blog/ig SA ni sebab nampak dia masak makanan sedap²

    ReplyDelete
  5. pernh jmpa skali ngan SA tp xsempat bergambar..suka tgk die update blog psl masakan

    ReplyDelete
  6. suka cara kak SA tegas bertempat dan tak sombong

    ReplyDelete
  7. Mama pun bersyukur dapat kenal kak SA Dan kak sue. Semoga ukhuwah Kita berkekalan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.