Jom Kenal Blogger Mimi Azirah

December 05, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Kali nie nak bercerita tentang Blogger Mimi Azirah pula, yang baru Kak Sue kenal beberapa bulan yang lepas. Kenal dalam satu kelab blogger juga tapi kami mula kerap berborak dan berkongsi tentang blog baru-baru nie ja. Kak Sue kalau dengan Mimi kalau berborak ada aja yang buat Kak Sue nak tergelak besar. Kadang ada aja ayat-ayat Mimi tu buat Kak Sue gelihati sangat, amboi ayat-ayat kau.. macam ayat-ayat cinta pula ya.. hahaha! Jom kenal Blogger Mimi Azirah pula jom..

Jom Kenal Blogger Mimi Azirah
Jom Kenal Blogger Mimi Azirah - Nie la si Mimi yang cantik manis

Jom Kenal Blogger Mimi Azirah

Mimi Azirah yang lebih selesa Kak Sue panggil dengan nama Mimi nie seorang Ibu yang berkerjaya dan mempunyai tiga orang anak. Berkerja dalam sektor kerajaan dan blogging secara part time, tapi walau pun secara part time Mimi banyak dapat peluang dan rezeki dalam dunia blogging tau. Dengan cara penulisan Mimi dan gaya kerja Mimi yang sentiasa komited jadi klien pun suka lah kan nak berkerjasama. Kerja atau buat apa pun yang penting kalau kita komited, InsyaAllah orang akan suka berkerja dengan kita kan..

Jom Kenal Blogger Mimi Azirah
Jom Kenal Blogger Mimi Azirah - Happy Family
Bagus tak bagus cara penulisan Mimi baru-baru nie Mimi terpilih sebagai pemenang contest Vivo lah kalau korang nak tau. Sapa nak bagi woi hand phone Vivo 7+ yang menjadi idaman ramai tu. Setiap yang kita usaha beri yang terbaik pasti ada ganjarannya kan, tahniah tau Mimi. Kak Sue sebenarnya belum pernah jumpa Mimi dedepan lagi, harap satu hari ada peluang dan rezeki nak jumpa Mimi. Selalu berborak dan bergelak dalam wasap aja, kalau jumpa dedepan tak tau lah macam mana kan.. ehehe..  Korang yang belum kenal Mimi boleh lah ke blog beliau yang serba pink tu ya. Maklum lah Mimi peminat warna pink kan.

Jangan lupa singgah dan follow tau blog www.mimiazirah.com banyak info dan cerita menarik yang korang boleh baca kat sana. Sampai sini dulu sembang kawan blogger kali nie, tunggu next entri pula ya.. papai!


You Might Also Like

8 ulasan

  1. Mama pun berharap nak jumpa Mimi Dan kak sue satu hari nanti

    ReplyDelete
  2. Harap persahabatan kita berkekalan.. Teringin juga jumpa kak Sue

    ReplyDelete
  3. now i wish to meet everybody.

    ReplyDelete
  4. perasan jugak beberapa blogger buat review pasal blogger.. ada apa2 jue terlepas pandangkah hahahah. jue pun pernah jumpa sekali dengan mimi ni

    ReplyDelete
  5. bagus penulisan Mimi..menang vivo tu bkn benda mudah

    ReplyDelete
  6. Bila menulis dari hati, rajin berkongsi..insyaallah kita dapat hadiahnya kan kak Sue...

    ReplyDelete
  7. saya pun belum pernah jumpa mimi kak.. teringin nak jumpa mimi yang kelakar ni.. hehe..

    ReplyDelete
  8. 1st time jmpa mimi kt event parenthood sunway pyramid

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.